21 Jan 2012

Chapter 14: Pembedahan Aisyah Yang Suspence

Maaf sebab lama tak update. Saya telah melalui masa yang amat-amat-amat sibuk sampaikan tak sempat langsung. Malam ni mata agak 'cerah' dan sukar nak tidur. Jadi malam yang hening dan syahdu ini, saya berhasrat untuk menceritakan chapter seterusnya mengenai pembedahan Aisyah yang pertama yang benar-benar suspence (bagi kami la).

Setelah Aisyah berpuasa maka lepas saya bersolat subuh, saya terus mandikan Aisyah dengan sejenis ubat cecair sebagai ganti sabun. Ubat itu rasa-rasanya antiseptik kot. Nurse kata tujuan cecair tu adalah untuk matikan kuman sebelum masuk ke bilik bedah. Lepas bilas, Aisyah tidak boleh dipakaikan bedak ataupun minyak panas. Lap kering macam tu saja. Lepas tu, kena pakaikan baju bedah.

Aduhai, tatkala Aisyah dipakaikan baju bedah tu.... Aisyah kelihatan sangat takut dan confuse. Tapi dia tak meragam atau menangis. Dia seakan rela dalam paksa. Dia memang seorang bayi yang sangat matang. Saya sungguh bangga dengan Aisyah... Jam 7.30 pagi, saya dan Sheikh mula menolak Aisyah ke bilik bedah di tingkat 1.




Sebelum kami nak tinggalkan Aisyah, Doktor bedah tu suruh kami peluk cium Aisyah. Katanya, ok sekarang boleh la peluk cium anak sampai puas hati sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi lepas ini. Ya Allah, meruntun hati saya dengar... tapi saya tahan airmata jangan la jatuh ke pipi sebab saya tak mahu Aisyah nampak saya sedih. Saya tak mahu Aisyah lemah. Saya cakap kat Aisyah, Mama dan Papa ada kat sini tau. Kami tunggu kat sini ja, tak pi mana-mana pun. Aisyah jangan takut, Doktor dan Nurse semua baik-baik. Kejap jer pun Aisyah masuk. Aisyah kan kuat...... Pastu Doktor pun mula tarik katil Aisyah ke dalam bilik. Pada masa yang sama, Aisyah mula menangis...Ya Allah!!!... tak sampainya hati nak lepaskan dia pergi. Saya jerit kat Aisyah, Aikkk jangan nangis. Mama kat sini jer.... Pastu, doktor terus bawa dia masuk jauuuhhh ke dalam bilik. Suara Aisyah pun dah makin sayup-sayup kedengaran.

Lepas Aisyah dah hilang dari pandangan kami, barulah saya lepaskan tekanan di dada. Saya menangis macam budak-budak sambil memeluk Sheikh. Saya memang tak tahan sebenarnya waktu melihat Aisyah di saat akhir tapi saya kuatkan hati jugak. Ibu dan bapa yang ada kat situ pun sama-sama menangis. Mereka pun baru hantarkan anak mereka masuk ke bilik bedah, jadi hanya kami yang faham perasaan masing-masing. Kata doktor, pembedahan Aisyah akan mengambil masa selama 3-4 jam. Jadi kami pun tunggu la di bilik menunggu lepas dah reda dari kesedihan tadi.

Masuk jam 7.30 pagi, kami kira-kira paling lambat pun jam 12tengahari. Tu kira dah max la lambat dia. Tunggu punya tunggu, jam 2 petang baru nama kami dipanggil. Prosedur IJN ialah; bila pembedahan selesai baru pak guard atau mak guard yang menjaga pintu masuk wad ICU akan panggil nama kita. Masa tu kita boleh masuk bilik ICu untuk berjumpa dan melihat anak kita sejurus selepas pembedahan selesai.

So masa kami masuk tu, dari jauh kami tak kenal mana satu Aisyah. Nurse kat situ yang tunjukkan katil dia. Masa tu ramai nurse dan doktor keliling dia. Badan dia masuk lagi ada kesan darah di dada, paha, leher.... Alahai...betul ke anak aku ni. Badan dia kembung sangat, bagai penuh dengan air. Di bawah katil dia ada 2 botol yang tiubnya mengalirkan darah dari bahagian badan. Saya dah lupa bahagian mana. Nanti saya update bila saya ingat.

Aisyah hanya pakai diapers. Dia nampak sangat keletihan. Mulut dia ada tiub yang besar. tak tau untuk apa. Di leher dia ada banyak sangat wayar atau tiub. Di sebelah katil ada banyak sangat ubat dalam picagari yang besar. Di atas katil Aisyah ada monitor yang menunjukkan kadar oksigen, heart beat dan kadar nadi. Monitor tu asyik beeping jer bunyinya.

Doktor kata, memang mereka tak sempat nak kemaskan diri Aisyah sebab keadaan agak lambat dah. Nanti doktor akan jelaskan apa yang terjadi dan menyebabkan kelambatan itu. Disebabkan sekarang sudah lebih jam 2 petang dan waktu melawat sudah habis,kami disuruh keluar dan masuk semula diwaktu melawat seterusnya iaitu jam 6 petang hingga jam 8 malam. Aduhai, dah la baru jumpa Aisyah lepas tunggu lama, pastu kena keluar pula. Memang la Aisyah tak sedarkan diri tapi kami nak tunggu ja sebelah dia pun tak boleh ker. Dengan berat kakinya kami pun keluar la. Berdebar hati kami sementara menunggu jam 6 petang.

Masuk jer ICU jam 6 petang, MR Siva, doktor bedah Aisyah datang jumpa dengan kami. Dia jelaskan, 3 lubang Aisyah yang sudah berjaya ditutup. Semasa menutup lubang tersebut, mereka jumpa lubang yang lain pula jadi mereka terus menutup lubang tersebut. Jadi pembedahan mengambil masa yang agak lama. Secara keseluruhannya, pembedahan Aisyah boleh dikatakan berjaya. Alhamdulillah, lega dengar.

Malam tu, Aisyah ditempatkan di ICU. Dia akan dinaikkan ke wad bila tubuh badannya dah recover sedikit.

Ingatkan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari. Mr Siva kata pembedahan berjaya tapi Allah SWT lebih berkuasa. Lebih 1 minggu Aisyah di ICU namun dia tak juga sembuh-sembuh. Lagi teruk jadinya. Paru-paru kiri Aisyah tak mahu mengembang. Dia dipakaikan BiPap sekali lagi. Ya Allah..... tak lama lepas tu Aisyah dijangkiti kuman. Dia kena di isolate ke bilik berasingan.

Tak lama lepas tu, kami dapat panggilan telefon dari doktor. Masa tu kami dalam perjalanan ke IJN untuk melawat waktu tengahari. Sheikh yang angkat telefon. Lama dia bercakap....lepas tu telinga Sheikh makin lama makin merah jadinya. Muka dia memang kelat sekelat kelatnya. Lepas dia letak telefon, dia cakap doktor suruh kita ke IJN segera. Mereka perlukan kelulusan dari kita untuk membedah Aisyah sekali lagi dengan segera!

Sakitnya dada, sebak tak terhingga. Tapi lepas tengok Sheikh begitu kecewa, saya tak jadi untuk melayan perasaan sedih tu. Saya cakap, ok jangan cakap atau bincang apa-apa lagi. Bawa kereta perlahan-lahan, nanti kita dengar betul-betul apa yang doktor tu nak sebenarnya. Kita jangan fikir macam-macam. Hmmmmm tapi Sheikh bawa kereta macam kilat. Saya tak mampu lagi nak tegur. Saya pasrah. Nak tegur salah, tak tegur pun salah. Sheikh diam saja. Dia tak mampu lagi bersuara.

Next chapter saya akan ceritakan kenapa Aisyah perlu dibedah dengan segera. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca.

13 comments:

Angah said...

aslm,..lama menyepi,.aku mai lagi hehe.bila kau baca tang aisyah nak masuk ke bilik bedah tu sedih sgt,satu lagi bab doktor suruh peluk dia puas2 ...aii mcm nak berlinang ayaq mata...alhamdullilah segala kepahitan yg hampa lalui dh menjelmakan suria yang menyinari hidup hampa...semoga hang inta,syeikh,rafiq dan aisyah @ siti hasmah junior terus dilindungiAllah sellau dan bahagia...lama tak jumpa n ooo

Intan Saffinas said...

hi wani... aku lama benar tak update blog. hahahaha. kerja baru aku mmg busy. balik rumah mmg nak rehat otak 100%. tapi kan aku akan cuba update gambar dan entry2 yg seterusnya.... :) terima kasih kerana setia baca blog ni wey.

sOULFLy said...

salam k.intan aisyah cmne sekarang nie after operate mean dia da okey sihat ke.. coz my baby jantung berlubang jugak... akn operate bulan 5 nie.. saya dalam tekanan ..risaukan baby..

Intan Saffinas said...

Wasalam... Lps pembedahan aisyah kena followup dgn beberapa siri checkup. Sebulan sekali. Kalau ok, akan jarak jadi 3 bulan sekali, 6 bulan sekali, setahun sekali dan kemudian terus off. Lain baby lain treatment dia. Sbb ckndition berat baby, kebesaran lubang, ataupun tempat lubang. Lubang tu kat mana? Asd? Atau vsd?

~大头~ said...
This comment has been removed by the author.
~大头~ said...

hi kak Intan.. habis baca blog akak.. pun dpt tau kejadian babe Aisyah.. Please be strong, and babe Aisyah will grow up happily ya.. !!Cheer kak intan and abg Sheikh!!

yatt_salleh said...

salam..ank sy pn ada masalh asd,vsd n pda..lubg kt vsd besa dlm 7mm gk
tgh tunngu turn nk ke ijn..tp ada mcm2 masalh smntr nk ke sana.
masa si aisyah tu amik masa yg lama n ada masalh x utk ke ijn tu?
klo sudi,ada fb,boleh la sy nk add n nk bertnya pglmn di ijn, mnjga bby yg ada masalh jntung

Ina Haireina said...

assalamualaikum.. saya dok gugel2 pasal nak tau masalah baby saya.. jumpe blog awak.. saya follow awak nak tahu dan nak baca kisah aisyah.. moga jadi kekuatan utk saya. dan pada awak semoga tabah dalam dugaan ini.. semoga aisyah cepat sihat.. amin..

cik tie@ibtisam said...

Salam...

X update lg ke? Ank sy pun bru lpas operation...

Intan Saffinas said...

wah ramainya yang menunggu. maaf sangat2 ya...
template utk blog ni ada masalah.. saya tak leh nak reply pakai telefon. huhu...

~大头~, terima kasih untuk support awak. tqvm!

yat_salleh, facebook saya intan saffinas. try add. atau email saya
intansaffinas@yahoo.co.uk.

Ina Haireina, anak sihat? dah tahu apa sakit dia?..

cik tie@ibtisam, saya doakan anak awak sihat walafiat.

Hari ni ada Mrs Ooi telefon saya dan ceritakan pasal anak dia. saya sedikit sebanyak share pengalaman dgn dia dan berharap dia bersabar. saya akan update blog ni secepat mungkin supaya dapast menbantu org lain....

Fairuz said...

Salam kak.sy bru melahirkan bayi pempuan 9/10/2017 sberat 3.5kg.selepas lahr dr dpti ank sy biru dan pakar jantng bgtau yg ank sy ada dorv dan vsd..sy begitu takt.dr.menyatakan bayi sy perlu dibedah.blh ke akak bgtau sy bpe lama mase untk bayi dibedah.sbb dr.kata nk kena tgk dlu keadaan byi..dr amek faktor apa sblum byi dibedah?

Intan Saffinas said...

Masa operation tu depend pada kes. Saya dulu masuk jam 7.30am, keluar dalam jam 2-3 petang.
Alhamdulillah ok.

Nasihat saya, malam sebelum tu, banyak2kan baca yasin utk permudahkan hati dan fizikal semua org. Termasuk utk baby.

Lepas hantar baby ke operation room, pegi jamah breakfast sikit walaupun tak lalu. Lps tu sambung baca yasin di bilik menunggu sampai baby siap operation.

Saya doakan semoga dipermudahkan. Baby berat ok tu. InsyaAllah kalau sihat, boleh buat operation tanpa delay

Fairuz said...

Kadang2 sy takut kak.sy hanye bharap allah kuat kan semangat sy..sy sempat jaga dia 2 jam selepas besalin..dr tgk keadaan dia biru.dan skarang masih lg berada dlm nicu..bt masa ni keadaan dia ok.blh benafas sendiri.cuma susu masih mengunakan tiub..dr,kata kena tgu dlm mase sbulan untk dpt temujanji di ijn..blog akak sy bce tiap2 hari sbgai motivasi untk sy.sy harap ank sy kuat mcm aisyah

Post a Comment

There was an error in this gadget
 

Blog Template by BloggerCandy.com