11 May 2013

Chapter 15: Pembedahan ke 2 yang tidak dirancang

Sambungan dari chapter 14, Sheikh terima panggilan telefon dari IJN dan kami bergegas ke sana secepat mungkin.

Sampai saja di IJn, kami terus masuk ke PICU dan Mr Siva dah lama menunggu kami di situ. Mr Siva beritahu progress Aisyah tidak baik dan paru-paru Aisyah tidak mampu untuk berkembang. Pada masa tu, x-ray menunjukkan paru-paru menguncup. Selepas isasatan dijalankan, mereka dapati masih ada lagi lubang yang belum tertutup. Rupa-rupanya, jantung Aisyah memang ada banyak lubang. Mr Siva jelaskan dalam kata mudah:

Bila kita tutup sungai yang besar, air tetap mencari jalan yang lain untuk terus mengalir. Sepatutnya air tu mengalir ikut jalan yang betul tapi disebabkan semasa berlalu, terdapat lencongan di sungai yang baru pula. Selama ini sungai ni tak digunakan sebab dah ada sungai yang besar dulu....



Jadi, disebabkan Aisyah baru saja menjalani major operation, adalah amat berisiko tinggi untuk buat pembedahan kedua. Mr SIva kata, untuk temporary solution, mereka akan buat banding untuk mengurangkan limpahan darah ke bahagian yang lain. Banding ni atau nama penuh dia adalah Pulmonary artery banding (PAB).


Gambar menunjukkan banding ikat di saluran darah.


Umpama kita mengikat paip air menggunakan getah saja. Namun, PAB hanya untuk sementara. Jantung akan membengkak lambat laun. Tapi selalunya doktor akan pantau dan dapat detect semasa bengkak di peringkat awal. So, jangan terlalu risau ok.

Selepas Sheikh setuju untuk tandatangan surat pelepasan untuk pembedahan. Aisyah dibawa untuk disiapkan ke bilik bedah. Kami begitu terkejut tapi dalam masa yang sama terpaksa redha dan akur. Apa lagi yang boleh kami buat? Nak tahan tak bagi bedah, nanti lagi teruk Aisyah. Nak bagi bedah, kesian kat Aisyah pun dah sampai ke level yang tertinggi. Tapi kami berdua seakan sepakat, nak lakukan hanya yang terbaik untuk Aisyah. Tiada yang lain hanya yang terbaik. Kami serahkan pada yang pakar untuk sembuhkan Aisyah. Dan kami hanya mampu berdo dan terus berdoa.



Gambar diatas saya ambil dari bilik menunggu. Nampak dari jauh nurse dan doktor bius sedang berusaha mencari line baru di tangan dia.


Selepas beberapa jam. Pihak IJN telefon beritahu pembedahan dah selesai dan kami boleh melawat Aisyah di PICU. Alhamdulillah, pembedahan berjaya dan keadaan Aisyah nampak letih sangat. kesian Aisyah..... Lesu saja kami tengok.










Progress Aisyah selepas PAB banding menunjukkan kesan yang positive walaupun terpaksa duduk di PICU lebih dari 2 minggu. Luka di dada Aisyah pun sudah kering dah tidak ada infection. Alhamdulillah.

Bagi pendapat saya dan Sheikh, biarlah lambat asalkan semua selamat. Saya dan Sheikh datang melawat setiap 2 kali sehari. Jam 12 tengahari sekali dan jam 6 petang sekali untuk memberi sokongan kepada Aisyah.

Untuk penjagaan semasa dalam PICU ni senang. Nurse akan jaga setiap masa anak kita. Saya tak pernah bimbang kalau-kalau Aisyah sakit sebab morphine disuntik kerap. Dan dia tak menunjukkan sakit pun. Cuma, alat bantuan pernafasan menutup kotak suara Aisyah. Jadi, kami tak dapat dengar suara dia. Tiba-tiba saja air mata keluar, baru kami tahu AIsyah sedang menangis. Memang sayu saya tengok namun kami cuba untuk mengalihkan emosi dia ke arah lain.

Saya bacakan dia doa syifa'... saya nyanyikan lagu tema untuk Aisyah... Saya berikan kata-kata semangat untuk dia harungi hari-hari di PICU. Aisyah seolah-olah faham dengan apa yang kami cakapkan untuk dia. Aisyah memang bijak. Tapi yang paling menyayatkan hati, waktu melawat dah nak habis, kami terpaksa pulang. Dan AIsyah akan meronta-ronta seakan tak bagi kami balik. Waktu tu, saya akan request nurse untuk bagi ubat tidur untuk tenangkan Aisyah. Disebabkan kami dah biasa dengan nurse, mereka akan bagi bila kami minta. Tapi kalau terlalu kerap sangat, nurse biasanya akan suruh kami balik dan dia akan dodoikan Aisyah sambil usap-usap kepala dia. Terharu kan?

Apa-apapun, dengan berat hati kami percaya dan boleh harapkan nurse-nurse yang menjaga Aisyah di PICU. Setiap hari kami akan bekalkan pampers, baju lengan panjang yang berbutang depan, stokin kaki dan tangan, minyak yuyi dan teddy bear. hehehe. sekadar nak temankan Aisyah. Kolot sikit pemikiran saya ni. hhhehe.

OK lah, next chapter, saya akan ceritakan tentang progress Aisyah selepas dipindahkan ke wad biasa dan pemindahan kembali ke hospital PPUM untuk observation sebelum discharge.

P/S: Kamera dilarang dibawa masuk ke dalam PICU. Semua gambar diatas diambil dengan risiko sendiri dengan senyap-senyap tanpa pengetahuan nurse. Kepada pihak IJN kalau terbaca blog ini, diharap maafkan kami dan nurse yang bertugas. mereka tidak bersalah :)
 

Blog Template by BloggerCandy.com