Showing posts with label furosemide. Show all posts
Showing posts with label furosemide. Show all posts
19 Sept 2014

Chapter 17 : Discharge dari Paeds 2, PPUM. Horayyyy.

Chapter 17 ni akan menjadi entry yang kurang stress ceritanya. Dimana Perkembangan Aisyah semakin baik dari hari ke hari. Selepas 2 hari, kami ditukarkan ke katil no 10. Agak belakang sikit. Then selang 2 hari pulak, lagi belakang tapi tak ingat dah bilik nombor berapa tapi katil yang terakhir sekali la. Nunnnn kat belakang ada satu bilik, kami berdua jer yang duduk situ. Aircond dia punya la sejuk mengalahkan wad Melur kat IJN.



Nampak tak ada pintu oren? Ha, ini sebenarnya bilik isolation untuk pesakit yang berjangkit atau ada infection. Disebabkan tak da orang nak pakai, nurse kasi kat kami. Terasa macam privasi sangat. Hehehehhe. Tapi sekarang ni PPUM dah ada bangunan dan wad baru. Jadi secara langsungnya tak wujud la kot bilik yang dok kat cherok tok kun ni. Masa saya gi melawat anak kawan saya, wad dia ada 4 bilik dan dah macam bilik swasta. Kalau isolation pun bilik sorang yang selesa jugak. Kelasss.

Untuk pengetahuan semua, sepanjang saya kat PPUM memang saya makan untuk hilangkan stress. Selera memang tinggi. Nescafe ais tiap-tiap hari tanpa gagal. Tiap-tiap hari pihak yang sediakan makanan akan bagi kerta untuk kita pilih makanan apa yang kita nak makan untuk keesokkan harinya. Dan saya dengan berseleranya akan repeat order Western. Sedap. Ada jugak menu yang biasa dan kurang sedap. Tapi "kurang" sedap ya, bukan tak sedap langsung.

Ni ha antara gambar makanan yang saya snap dihari-hari terakhir di dalam wad.


Makan jangan tak makan. Aisyah menunjukkan progress minum susu dengan baik. Bila dah sampai hari dia minum susu guna botol sepenuhnya, doktor mengistiharkan kami dah boleh pulang ke rumah bersama beberapa ubat untuk continue makan dirumah. Ubat tersebut ialah:
1. spironolactone
2. furosemide
3. captopril
4. satu lagi ubat saya dah lupa nama dia sebab dah buang kotak tu... maaf.


Nota Penting:
1. Semua ubat ni dalam bentuk pil dan kita kena larutkan sendiri dalam botol ubat.
2. Lepas tu kena tarik guna syringe ikut kuantiti ml yang ditentukan oleh doktor.
3. Normally ubat ni kita kena buat sediaan baru setiap hari.
4. Tak boleh disimpan untuk kegunaan hari esoknya.
5. Sila simpan ubat dalam peti sejuk.
6. Kalau anak nursery/mak/mertua/babysitter jaga, pagi-pagi tarik siap2 ubat dalam syringe. 4 ubat, so kena ada 4 syringe. Masukkan dalam plastik putih dan tulis dengan marker pukul berapa ubat perlu bagi pada baby. Then baru bagi pada penjaga untuk disimpan dalam peti ais. Senangkan? Penjaga pun tak la takut-takut sediakan ubat sebab ubat jantungkan...

Lagi satu tips untuk bagi ubat. Memandangkan ubat ni semuanya pahit/berserbuk halus walaupun dah dilarutkan, memang susah nak bagi baby makan ubat ni. Petuanya, semasa minum susu, picit sikit pada hujung bibir. maksudnya kita curi-curi masukkan ubat masa dia tengah menyusu. buat perlahan-lahan dan sikit-sikit supaya dia tak perasan sangat rasa ubat. Memangla lambat habis ubat tapi kita kena banyak bersabar yea. Nak jaga baby yang special macam anak kita ni memang la kena banyak bersabar.

Berbalik pada persiapan nak discharge. Aisyah pun kena jugak la bersiap. Tiub susu dia pun dah dibuang. Alhamdulillah. Ini ada antara aksi-aksi terlampau Aisyah sewaktu Papa siapkan bayaran dan dokument untuk keluar wad. Diva sangat kan dengan muka tak da perasaan.


Maka berakhirlah perjuangan Aisyah yang pertama disini dimana kesimpulannya Aisyah telah di diagnose dan disahkan mempunyai 4 lubang di bahagian atas dan bawah jantungnya. Doktor juga mendapati terdapat beberapa lubang kecil lain tetapi mereka nak fokus pada lubang yang besar dan kritikal dahulu.

Maka Aisyah telah menjalani pembedahan jantung sebanyak 2 kali di IJN untuk ASD, VSD dan PA Banding.Total berjaya tutup 4 lubang. Oleh kerana PA Banding hanya bersifat sementara, kami akan datang lagi untuk menutup lubang yang ke 5 (atau ke 6, etc ke..possibility ada lubang lain terjumpa) dalam tempoh terdekat. Tarikh akan diberikan kemudian semasa tempoh temujanji dan pemerhatian klinik paedatrik IJN nanti.

Terima kasih kepada pembaca. Dalam tempoh terdekat lagi, saya akan sambung untuk Chapter 18 dimana Aisyah perlu jalani minor procedure untuk masukkan air dalam badan dia. Ini adalah untuk doktor kenal pasti berapa lubang yang masih ada selepas operation yang pertama. Babai.......


 

Blog Template by BloggerCandy.com