10 May 2011

Chapter 9 : Penemuan Lubang Baru

Semalaman di wad langsung tidak menganggu gugat lena Aisyah. Dia tetap lena dibuai mama Intan. Dan saya? pun dapat tidur tanpa rasa kekok sebab memang sudah biasa dengan keadaan di wad PPUM yang bagi saya memang selesa. Waktu minum susu Aisyah, nurse yang tolong berikan. Jadi saya dapat berehatlah diwaktu malam.

Sheikh datang pagi tu dengan bungkusan makanan dari cafe tingkat 1 hospital. Oleh kerana Aisyah masih kecil, maka secara automatiknya saya sebagai ibu dapat makan menu Aisyah. Jangan ingat makanan hospital tak sedap tau.... saya tiap2 hari makan menu western tau. hahaha. Nak kata sedap macam restoran The Ship tu tak ada la tapi tekak ni boleh terima dan nak lagi, nak lagi, nak lagi..hehehe. Free katakan. Walapun dapat makanan free, Sheikh tetap akan bawa bekalan dari luar. Sebab sementara nak menunggu doktor datang buat round, boleh la mengunyah sikit-sikit...

Diantara menu western yang sedap :)

Lebih kurang jam 8 pagi doktor-doktor wad pun datang buat round. Punya la ramai, lebih kurang dalam 5 ke 6 orang. Bila sampai saja giliran Aisyah, doktor Anna iaitu doktor yang incharge bahagian wad Paeds 2 tu explain condition Aisyah pada kami. Penjelasan dia sedikit sebanyak sama macam doktor jantung semalam iaitu ada 2 lubang dibahagian atas dan bawah jantung. Ukuran adalah 7mm dan 3.5mm. Dan mereka telah mula memberi ubat jantung kepada Aisyah untuk melihat kesan ke atas Aisyah. Seandainya keadaan Aisyah ok, dia boleh balik. So far doktor tu kata Aisyah ok. Yeaaaaa...punyala saya suka time tu. Saya estimate paling lama dok sini pun dalam 1 minggu.

Ingatkan panas hingga ke petang rupanya gerimis ditengahari. Tengahari tu datang lagi doktor jantung cina tu sekali lagi. Kali ni pun masih senyum-senyum. Dengan perasaan gembiranya dia bagitau bahwa mereka telah menjumpai lubang ke 3 iaitu dalam ukuran 11mm. Aduhai...berita apa ni??? Kami hanya mampu mengangguk dan bertanya kenapa semalam bagitau 2 lubang saja. Doktor tu kata, iya ke?... alahai doktor. buat lawak la pulak. Lalu kami pasrah dan kami tahu perkara yang patut kami lakukan pada waktu itu ialah -bertanya- dan terus bertanya. Jangan hanya nak mengharapkan 1 way information saja. If not, kita akan ditinggalkan termanggu-manggu dengan penerangan doktor. Jika kita tak faham, tanya lagi sampai faham. Sebab ini soal nyawa anak kita, walaupun kita ni bodoh dalam perubatan, itu tidak semestinya kita harus menyerahkan bulat-bulat kepada doktor. Kita harus tahu apa yang berlaku sebelum-semasa-dan selepas sesuatu tindakan/proses supaya kita bersedia menerima kesan selepas itu tanpa menyalahkan sesiapa.

Tapi doktor tu kata jangan bimbang kerana Aisyah sudah mula menerima rawatan sejak semalam, jadi should be ok lah. Baiklah...sekarang apa yang perlu kami buat ialah??? Bertahan jiwa dan raga. Setakat ni Aisyah cuma ada 2 wayar, satu tiub oksigen iaitu pada paras 1.5liter dan satu tiub kaler biru untuk susu.




Ok la, not bad la. Jadi pada waktu tu banyak memberi semangat pada diri masing-masing. Kami diberitahu oleh nurse ada pesakit kat situ umur lebih kurang Aisyah juga sudah menjalani pembedahan di IJN jadi kami boleh bertanya pelbagai maklumat kepada si ibu tentang pengalaman dia nanti.

Kami berdua sekadar mengiyakan saja. Kami masa tu belum bersedia untuk berkeliaran bertanya khabar dengan ibu-ibu pesakit lain. Kami sebenarnya perlukan masa bersendirian untuk kami 'menelan' semua perkara yang berlaku dengan perlahan-lahan. Sukar untuk kami hadam sekali gus. Kami tak boleh panik, kami perlu mengatur segala-galanya dengan berhati-hati terutama sekali emosi. Emosi kami perlu berada dalam keadaan stabil kerana penting untuk kami suami isteri tidak mudah melatah menyalahkan takdir. Kami perlu berhati-hati supaya iman kami tidak jatuh berderai. Kami perlu berhati-hati dengan soalan yang keluar dari mulut dan hati seperti soalan kenapa jadi pada aku?, kenapa aku terima ujian begini?, Tuhan tak sayangkan aku kah?, Kenapa malang nasib aku?...Soalan-soalan beginilah yang biasanya dibisik oleh syaitan untuk kita persoalkan dengan Tuhan. Maka kawan, berhati-hatilah dengan bisikan syaitan kerana dia akan datang pada saat kita suka, duka, gembira hatta disaat nyawa kita hampir ditarik malaikat maut sekali pun.

Saya pun tak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk tidak berfikir mengenai soalan-soalan diatas. Alhamdulillah syukur yang amat. Mungkin kerana Sheikh sendiri pernah menjalani pembedahan jantung berlubang, secara tidak langsung dan secara tidak sedar saya seperti bersedia untuk menerima kemungkinan-kemungkinan seperti ini.........

Berbalik kepada Aisyah, dia pun menjalani rawatan seperti yang dijadualkan. Selepas kejutan dengan berita lubang ke 3 yang dijumpai doktor jantung itu, tiada lagi kejutan-kejutan susulan. Alhamdulilah! Disepanjang minggu pertama Aisyah di wad, kami tidak sebarkan tentang berita kami sangat kerana kami masih perlukan masa untuk meneutralkan perasaan kami. Kami belum bersedia untuk berkongsi perasaan kerana kami suami isteri sendiri belum dapat biasakan diri dengan perasaan kami.

Tak lama lepas tu kami menerima kunjungan dari seorang ibu muda yang kurus sambil mendukung anaknya yang juga kurus sangat. alahai, rasanya sebesar lengan Sheikh ada kot. cengkung dan pucat muka baby tu. Dia perkenalkan dirinya sebagai Liza dan jantung anak dia ada lubang dan pelbagai masalah lain semasa dilahirkan seperti tiada lubang dubur. Ada masalah lain yang saya tak berapa nak ingat. Tapi itu adalah diantaranyalah. Nama penuh baby tu Mawaddah Qistina kot. Yang pasti saya panggil nama baby tu Mawaddah. Sedapkan nama tu :). Liza ni peramah orangnya, dia cerita dari A sampai Z pengalaman dia di PPUM hingga ke IJN dan hingga pulang balik ke PPUM semula. Sya dan Sheikh berdua rasa agak lega sebab sekarang dah tahu apa yang perlu kami lakukan lepas ni.

Time tu Liza kata Mawaddah baru lepas buat operation kecilkan saluran darah di IJN. Nampak parut didada anak dia time tu. Kesiannya, terdetik hati saya. Lubang di jantung tak dapat nak repair lagi sebab Mawaddah masih kecil dan lebih kurang 2 kilogram beratnya. Mak ai patut la kurus dan pucat saja. Liza kata maybe Aisyah akan buat prosedur yang sama macam Mawaddah mula-mula masuk dulu iaitu treatment dengan 3 jenis ubat dulu. Kalau tak ok baru PPUM akan rujuk pada IJN, kalau ok PPUM akan suruh balik rumah dulu dan mai buat followup saja sampai Aisyah besar dan bersedia buat operation...Yang the best partnya dia orang Utara jugak, dari Sik kot..haha dah lupa juga. Jadi senanglah perbualan kami berlangsung. Tapi yang pasti selepas tu kami berdua jadi kawan baik dan sembang tak ingat dunia. Habis satu wad kecoh dengan slang utara kami. Nak lepaskan tension la katakan. hehehe.

Petang tu saya dan Aisyah ditukar ke katil no 11, tak jauh pun, cuma sebelah belakang wad tu ja. Nurse kata bahagian Aisyah sekarang ni banyak pesakit budak-budak yang selesema dan batuk bervirus. Jadi kena tukarkan Aisyah takut berjangkit nanti. Nasib baik di katil baru tu saya berjumpa dengan ibu-ibu yang ramah dan rajin bersembang. Baik-baik pulak tu dan berhadapan dengan katil Liza, wah lagi la best. Jadi tak da la sempat nak bersyahdu sedan sendirian,

The best geng bergossip Paeds 2 PPUM. Rindu laaaa....Baju merah tu Liza dan sbelah kiri dia tu Wani. Sexy momma. Sebelah paling kiri tu Mama Danish. Selah paling kanan tu Mama dah lupa nama. hehe sorry.

Untuk minggu itu, Aisyah cuma menerima kunjungan dari keluarga terdekat sahaja. Terima kasih kerana support moral kalian semua.

Pelawat yang setia iaitu abang Rafiq. Kena bawa kertas untuk conteng sebab takut dia bosan.

Tok Wan Sheikh dok dengar bunyi jantung Aisyah sambil diperhati Atirah.

Ni gambar blur tapi nak upload jugak sebab ada muka Kak Yang gelakkan Tok Wan Sheikh.

Masuk hari ke 3 Nurse mengesyorkan saya belajar cara-cara untuk memberi Aisyah minum melalui tiub seperti mana nurse buat selama ni. Nurse kata ini penting supaya Aisyah boleh minum susu ikut time sebab kemungkinan besar nanti nurse busy dan kesian kat Aisyah minum susu lambat. Itupun kalau mak berani. Oh, saya berani...berani untuk belajar. Memang la cuak sikit tapi selama 2-3 hari dok tengok nurse buat nampak macam ok ja, tak da la extreme sangat pun, cuma tuang susu saja... Jadi dengan satu latihan saja saya berjaya memberi Aisyah minum melalui tiub. Alhamdulillah....

Sepanjang treatment ubat pada minggu tu Aisyah menunjukkan progress yang amat baik. Dada pun tak bernafas kencang dan sudah berhenti muntah. Doktor Anna kata kalau progress dia maintain 1-2 hari ni, Aisyah boleh balik. Syukur sangat-sangat dan sewaktu nak tidur diwaktu malam saya selalu bermimpikan pintu rumah di Sri Damansara. Papa, tak lama lagi kami dah nak balik rumah....yeay yeay!

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com