8 Aug 2011

Chapter 13: Siti Aisyah Dimasukkan Ke IJN

Bersambung dari chapter sebelum ini iaitu mengenai perpindahan, sekarang tibalah masanya untuk menceritakan mengenai perpindahan Aisyah ke Institut Jantung Negara atau IJN.

Ya, akhirnya Aisyah pada hari Ahad 24/10/2010 berpindahlah Aisyah dan juga saya ke IJN. Perpindahan dari PPUM ke IJN kami ditemani oleh Doktor Nik dan juga misi Mai. Kami dihantar oleh ambulan (which is saya sangat suka naik ambulan sebab kenderaan ini tidak kenal erti brek kecuali dah sampai ke destinasi) tapi kali ni agak buruk sikit ambulan tu. Walaubagaimana pun kami semua enjoy naik ambulan yang memecut laju ke Jalan Tun Razak --> IJN.

Selepas proses pendaftaran, Aisyah perlu dibawa ke dalam emergency room dulu sementara menunggu katil disiapkan. Aduhai berejam kami tunggu katil tak siap-siap lagi. Kalau di PPUM, masuk jer anytime katil memang akan tersedia menunggu pesakit. Tapi lain di IJN, pesakit kena tunggu katil. Selepas satu jam lebih juga la menunggu, Aisyah dipanggil untuk masuk wad. Aisyah ditempatkan di wad Melur dan begitu juga dengan ibunya iaitu saya. Yang best sangat-sangat-sangat di IJN ni ialah, si ibu tidak diberi katil untuk tidur. Cukuplah sekadar dengan sofa kecil bulat untuk melabuhkan kepala di malam hari. Pening kepala saya fikir nak tidur macamana malam tu. Dah la aircond sejuk sampai ke tulang....huhuhu.

Tak palah, kita tinggalkan sebentar pasal hal tidur midur ni. Berbalik kepada cerita Aisyah, lepas selesai dapat katil dan letak barang-barang, nurse mula panggil ke bilik pemeriksaan untuk check berat, lilitan kepala dan buat lin. Tapi line di PPUM dah ada, jadi tak payah la buat lagi sekali untuk Aisyah. Lepas semua tu, Aisyah dipasangkan ECG dan dibuat x-ray serta echo sekali lagi. Culture atau darah juga di ambil untuk periksa Aisyah bebas dari jangkitan paru-paru atau yang seangkatan dengannya. Atau dalam kata nama lain, Aisyah kena sihat untuk menjalani pembedahan.Titik.

Fuh, penat juga la kan nak ulang alik ke sana kemari untuk selesaikan hal tersebut. Untuk chekc berat, lilitan kepala, ambik darah dan ECG tu tak pala sebab bilik dia dekat jer. Tapi x-ray tu kena tunggu kat tingkat LG. Echo tu kat bilik belakang wad. Penat-penat. Aisyah lagi la penat, buka baju, ditonyoh sana, dicucuk sini...alahai anak mak. Sabar yea...

Lepas dah settle semua tu, barulah boleh rehat kejap. Tapi, baru nak lelap mata datang pulak doktor untuk bagi orentasi mengapa Aisyah datang ke IJN. Doktor tu macam selenga sikit, poyo ja...orang melayu dan muda. Saya layan jer apa yang dia cakap. Dia bagitau la risiko pembedahan yang akan dijalani. Berapa peratus yang gagal dan berapa peratus yang berjaya. Apa-apa peratus sekali pun, Allah tetap mengetahui apa yang akan berlaku. Saya pasrah saja dengar semua itu. Namun pada masa yang sama, saya dah bersedia mental dan fizikal untuk segala kemungkinan.

Lepas dia dah habis explain, saya kena sain beberapa surat dalam fail biru sebagai tanda faham. Lepas tu saya tanya bila pembedahan Aisyah sebab Dr Leong cakap 25hb tapi jam berapa. Tapi doktor tu kata tak pasti, kena tunggu surgeon. Nanti surgeon akan datang explain kepada parent. Adeh, tunggu surgeon pulak. hrm... tak paham aku sistem IJN ni.

Ok lah, doktor itu sudah pergi, boleh la saya rehat. Tapi lepas doktor tu pergi, datang pulak doktor bius. Nampak macam china tapi orang Korea. pongpang pong pang cakap omputih slang korea. Puas aku cuba paham tapi tak juga paham. Last-last dia cakap pasal risiko dan apa kemungkinan berlaku pada Aisyah akibat bius.

Ubat bius digunakan dalam pembedahan jantung ialah bius menyeluruh ia membuatkan kanak kanak langsung tidak sedar dan tidak berasa sakit sepanjang pembedahan. Ada beberapa cara memberi ubat bius iaitu melalui:

1. Suntikan ke dalam salur darah
2. Sedut (nafas anak perlu bernafas dalam topeng muka khas)

Dalam kedua dua cara ubat bius memberi kesan kepada otak dan seluruh badan. Aisyah akan disuntik dalam salur darah terus. Cepat dan effektif.

Semua ubat bius ada kesan sampingan tetapi kesan sampingan yang ketara sangat jarang berlaku. Antara risiko kesan sampingan ialah alahan pada ubat atau darah yang digunakan.

Hanya seiepas itu baru dia meminta kebenaran saya untuk memberi ubat bius kepada anak. Macam doktor tadi jugak, saya perlu menandatangani perjanjian persetujuan. Doktor bius tu cakap, Aisyah kena mula berpuasa sebelum masuk bilik pembedahan. Nanti nurse akan datang bagitau pukul berapa last berikan susu pada Aisyah. Ia bertujuan mengosongkan perut supaya jika Aisyah muntah selepas diberi ubat bius, nanti makanan dalam perut tidak masuk ke dalam paru paru dan menjejaskan pernafasan Aisyah pulak. Lepas sain surat perjanjian bagai, doktor tu pun calo balik.

Hrm... cuaknya dengar penjelasan dari doktor-doktor tu. Sheikh tak datang lagi sebab bukan waktu melawat. Sedihnya saya kena lalui semua ini sorang-sorang bersama Aisyah....Time ni Aisyah dah lena dibuai mimpi dah sebab penat di'kerja'kan nurse ambik darah, cucuk darah, tonyoh dada utk x-ray bagai.

Dalam dok tengah sedih-sedih tu, datang lagi sorang doktor pulak dah. Aduhai, kunjungan demi kunjugan aih... Tapi kali ni, bukan doktor. Surgeon yang datang, iaitu Mr Siva. Dia yang akan membedah Aisyah esok. Orangnya friendly sangat-sangat. Dia jelaskan Aisyah akan masuk bilik bedah pada hari Selasa pagi jam 7. First case. Alaaa....mengeluh saya dalam hati. Apasal la pulak hari Selasa. Kata hari Isnin...tapi tak pa lah, janji dah ada tarikh dan waktu yang sahih.

Anyway anyhow, pada petang hari jam 6 Sheikh dapat masuk. Hoye! Tapi dia agak frust sebab tak dapat jumpa dengan doktor bius dan pakar bedah untuk sesi penerangan. Tapi tadi Mr. Siva kata dia akan cuba jumpa ayah Aisyah nanti. Segala informasi yang saya dapat dari doktor-doktor dan pakar bedah tadi, saya sampaikan pada Sheikh.

Semenjak saya tinggal di wad, saya jrang benar dapat jumpa Rafiq. Ya la kan, budak-budak tak boleh masuk wad. IJN strict. Sedih la sebab kesian sangat dengan Rafiq. Jadi, untuk pengubat rindu, Sheikh tangkap gambar dia untuk tatapan saya di hospital. sedih tak? sedih kan....

Rafiq sedang tidur lena di rumah baru...


Jadi sampainya hari Isnin, nurse sudah mula berikan nasihat pada saya untuk mulakan puasa Aisyah pada pukul 3 pagi nanti. Maknanya, susu terakhir Aisyah adalah jam 3 pagi dan selepas itu haruslah bermula puasa. Dan nurse juga ada bagi sabun dalam botol merah. Katanya untuk membunuh kuman. Kena pakai macam sabun biasa dan kemudian bilas. Lepas tu jangan pakaikan bedak atau apa-apa losyen dan minyak pada badan Aisyah.

Lepas magrib, nurse wad Melur tu bawa semua ibu bapa untuk kanak-kanak yang bakal menjalani pembedahan pada keesokan harinya. Nurse tu bawa kami ke bilik Picu (Paedatrik ICU) dimana selepas anak kita dibedah, mereka akan diletakkan disitu. Suspence tak kira lah kami. Nurse tu kata, ini perlu supaya ibu bapa tidak terkejut selepas melihat keadaan anak mereka yang lesu dan tidak sedarkan diri.

Lalu kami pun berjalan la ke sana. Aisyah kami tak bawa, kami tinggalkan dia dengan tok wan Rashid dan tok Pah yang datang melawat Aisyah dari Kedah.

Picu terletak di Blok A, tingkat 1. Nak masuk Picu kena cuci tangan dengan sabun atau gel pembasmi kuman. Masa nak enter pintu tu, ada mak guard yang bersedia untuk pam sabun tu kepada pelawat. Rombongan kami ni semuanya suspence tak tau nak bagitau. Diam semua tak berani nak bercakap. Kami mengikut saja nurse tu berjalan.

Sampainya di dalam Picu, ada 10 katil. Semuanya tidak sedarkan diri. Nurse tu kata, semua perlu masuk terus ke bilik belakang untuk orientas tapi saya sempat jugak jenguk kanak-kanak semua tu. Wayar berselirat. ada yang dimasukkan darah, ada yang dimasukkan air. ada yang kecik badannya...ada yang besar. Sebak saya tengok sebab esok giliran Aisyah pula. Giliran dia terbaring lesu begitu. Saya gengam tangan Sheikh kuat sangat time tu. Kami sama-sama takut.

Dalam bilik belakang, nurse tu jelaskan beginilah keadaan anak-anak kita selepas pembedahan. Jadi jangan terkejut. Setiap pesakit berbeza-beza tempoh berada di Picu. Kalau cepat sihat, cepatlah naik ke wad Melur semula. Kalau kritikal, perlu la tinggal lebih lama. Kelengkapan yang perlu ditinggalkan bersama anak-anak ialah botol susu, susu, baju lengan panjang berbutang depan, wet tissue, lampin, vaselin untuk letak dibibir anak jika kering, minyak telon, sarung tangan dan stokin. Lepas sesi soal jawab oleh beberapa ibu bapa yang lain, kami pun naik ke atas semula.

Malam tu kami serba salah jadinya. Seronok untuk operation ada, risau fikirkan risiko dan kesan lepas operation pun ada. Namun yang pasti, malam tu kami bertiga beranak saling resah. Last sekali kami hanya mampu tersenyum dan berserah pada Allah SWT. Hanya Allah SWT yang mampu menenangkan kami. Jadi, kami putuskan untuk luangkan masa bersama-sama dengan posing sakan dengan kamera untuk kenang-kenangan.

Katil Aisyah di IJN ni kecil. Macam baby cot kandang besi.


Dari sudut sisi. Aisyah diam saja masa ni, dia merenung tajam disekeliling. Maybe tengah pikir kat mana la aku ni.....

Aisyah berkerut dahi tengok tempat baru dia...


Aisyah kena kuat, kena bersemangat. Pembedahan tu sat saja, mama dan papa tunggu kat luar. Nanti bila Aisyah nak masuk operation theater tu, mama papa akan teman sampai Aisyah terlelap. Dan bila Aisyah terjaga pun mama dan papa akan ada juga. Kami akan tunggu Aisyah tau.


Malam ni kami tak dapat tidur lagi. Saya sedang berikan kata-kata semangat pada Aisyah sebab kami tengok Aisyah seolah resah.

Papa posing sakan dengan Aisyah dan tak lupa untuk bersembang-sembang dengan Aisyah.


Papa sedang bagi semangat dan baca apa yang patut untuk tenangkan Aisyah malam tu.


Malam tu lepas tok wan Rashid dan tok Pah balik, saya suruh Sheikh tidur di wad. Memang betul, hanya sorang saja penjaga dibenarkan tidur tapi kami buat dek saja. Kami diam-diam tutup langsir dan luangkan masa dengan Aisyah. Janji tak buat bising atau kacau orang sebelah dengan dengkuran yang kuat. Memang.... memang katil di IJN kecil sangat dan ada satu sofa kecil disebelah Aisyah untuk ngam-ngam 1 penjaga tidur.

Tahu tak kami buat lagu mana supaya nurse tak halau salah seorang kami keluar? Kami duduk diam-diam dan kurang bersembang. Kami silih berganti tukar tempat, Sheikh duduk di sofa sebelah kiri Aisyah untuk baca Yasin, saya solat sunat di atas sejadah sebelah kanan Aisyah. Kami apit Aisyah. Lepas saya dah lenguh solat, saya duduk pula di sofa baca yasin dan Sheikh pula yang solat sunat. Bersilih gantilah kami sampai esok pagi. Kalau terlelap pun, sekejap jer kami tidur pun.

Tak mampu rasanya kami nak tidur lena. Banyak benar kami berdoa. Doa yang tak putus-putus. Rasanya kadang-kadang terasa terlampau banyak kami meminta sedangkan siapalah kami ini hamba yang hina yang kurang serba serbi dalam amalan ibadah. Namun.... kami juga tak berdaya untuk tidak memohon. Kerana, pada siapa lagi yang boleh kami mengadu domba kalau bukan padaNya? Pada siapa lagi yang layak kalau bukan padaNya? Maka dengan malunya dan hinanya kami memohon segunung harapan pada malam itu dan dengan berat hatinya kami berharap agar Allah SWT dapat menunaikannya.Amin..... T_T

Sekian untuk kali ini. Next chapter saya akan ceritakan pengalaman pembedahan Aisyah yang suspence. Terima kasih kerana membaca dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Tips: Saya nasihatkan kepada sesiapa yang bakal menginap di IJN, tolong bawa selimut yang tebal, atau baju sejuk yang tebal, stokin yang tebal dan bantal tak kisahlah kecil atau besar untuk keselesaan tidur disini. Aircond dia memang sejuk tak hinggat menyucuk ke tulang.




 

Blog Template by BloggerCandy.com