8 Aug 2011

Chapter 13: Siti Aisyah Dimasukkan Ke IJN

Bersambung dari chapter sebelum ini iaitu mengenai perpindahan, sekarang tibalah masanya untuk menceritakan mengenai perpindahan Aisyah ke Institut Jantung Negara atau IJN.

Ya, akhirnya Aisyah pada hari Ahad 24/10/2010 berpindahlah Aisyah dan juga saya ke IJN. Perpindahan dari PPUM ke IJN kami ditemani oleh Doktor Nik dan juga misi Mai. Kami dihantar oleh ambulan (which is saya sangat suka naik ambulan sebab kenderaan ini tidak kenal erti brek kecuali dah sampai ke destinasi) tapi kali ni agak buruk sikit ambulan tu. Walaubagaimana pun kami semua enjoy naik ambulan yang memecut laju ke Jalan Tun Razak --> IJN.

Selepas proses pendaftaran, Aisyah perlu dibawa ke dalam emergency room dulu sementara menunggu katil disiapkan. Aduhai berejam kami tunggu katil tak siap-siap lagi. Kalau di PPUM, masuk jer anytime katil memang akan tersedia menunggu pesakit. Tapi lain di IJN, pesakit kena tunggu katil. Selepas satu jam lebih juga la menunggu, Aisyah dipanggil untuk masuk wad. Aisyah ditempatkan di wad Melur dan begitu juga dengan ibunya iaitu saya. Yang best sangat-sangat-sangat di IJN ni ialah, si ibu tidak diberi katil untuk tidur. Cukuplah sekadar dengan sofa kecil bulat untuk melabuhkan kepala di malam hari. Pening kepala saya fikir nak tidur macamana malam tu. Dah la aircond sejuk sampai ke tulang....huhuhu.

Tak palah, kita tinggalkan sebentar pasal hal tidur midur ni. Berbalik kepada cerita Aisyah, lepas selesai dapat katil dan letak barang-barang, nurse mula panggil ke bilik pemeriksaan untuk check berat, lilitan kepala dan buat lin. Tapi line di PPUM dah ada, jadi tak payah la buat lagi sekali untuk Aisyah. Lepas semua tu, Aisyah dipasangkan ECG dan dibuat x-ray serta echo sekali lagi. Culture atau darah juga di ambil untuk periksa Aisyah bebas dari jangkitan paru-paru atau yang seangkatan dengannya. Atau dalam kata nama lain, Aisyah kena sihat untuk menjalani pembedahan.Titik.

Fuh, penat juga la kan nak ulang alik ke sana kemari untuk selesaikan hal tersebut. Untuk chekc berat, lilitan kepala, ambik darah dan ECG tu tak pala sebab bilik dia dekat jer. Tapi x-ray tu kena tunggu kat tingkat LG. Echo tu kat bilik belakang wad. Penat-penat. Aisyah lagi la penat, buka baju, ditonyoh sana, dicucuk sini...alahai anak mak. Sabar yea...

Lepas dah settle semua tu, barulah boleh rehat kejap. Tapi, baru nak lelap mata datang pulak doktor untuk bagi orentasi mengapa Aisyah datang ke IJN. Doktor tu macam selenga sikit, poyo ja...orang melayu dan muda. Saya layan jer apa yang dia cakap. Dia bagitau la risiko pembedahan yang akan dijalani. Berapa peratus yang gagal dan berapa peratus yang berjaya. Apa-apa peratus sekali pun, Allah tetap mengetahui apa yang akan berlaku. Saya pasrah saja dengar semua itu. Namun pada masa yang sama, saya dah bersedia mental dan fizikal untuk segala kemungkinan.

Lepas dia dah habis explain, saya kena sain beberapa surat dalam fail biru sebagai tanda faham. Lepas tu saya tanya bila pembedahan Aisyah sebab Dr Leong cakap 25hb tapi jam berapa. Tapi doktor tu kata tak pasti, kena tunggu surgeon. Nanti surgeon akan datang explain kepada parent. Adeh, tunggu surgeon pulak. hrm... tak paham aku sistem IJN ni.

Ok lah, doktor itu sudah pergi, boleh la saya rehat. Tapi lepas doktor tu pergi, datang pulak doktor bius. Nampak macam china tapi orang Korea. pongpang pong pang cakap omputih slang korea. Puas aku cuba paham tapi tak juga paham. Last-last dia cakap pasal risiko dan apa kemungkinan berlaku pada Aisyah akibat bius.

Ubat bius digunakan dalam pembedahan jantung ialah bius menyeluruh ia membuatkan kanak kanak langsung tidak sedar dan tidak berasa sakit sepanjang pembedahan. Ada beberapa cara memberi ubat bius iaitu melalui:

1. Suntikan ke dalam salur darah
2. Sedut (nafas anak perlu bernafas dalam topeng muka khas)

Dalam kedua dua cara ubat bius memberi kesan kepada otak dan seluruh badan. Aisyah akan disuntik dalam salur darah terus. Cepat dan effektif.

Semua ubat bius ada kesan sampingan tetapi kesan sampingan yang ketara sangat jarang berlaku. Antara risiko kesan sampingan ialah alahan pada ubat atau darah yang digunakan.

Hanya seiepas itu baru dia meminta kebenaran saya untuk memberi ubat bius kepada anak. Macam doktor tadi jugak, saya perlu menandatangani perjanjian persetujuan. Doktor bius tu cakap, Aisyah kena mula berpuasa sebelum masuk bilik pembedahan. Nanti nurse akan datang bagitau pukul berapa last berikan susu pada Aisyah. Ia bertujuan mengosongkan perut supaya jika Aisyah muntah selepas diberi ubat bius, nanti makanan dalam perut tidak masuk ke dalam paru paru dan menjejaskan pernafasan Aisyah pulak. Lepas sain surat perjanjian bagai, doktor tu pun calo balik.

Hrm... cuaknya dengar penjelasan dari doktor-doktor tu. Sheikh tak datang lagi sebab bukan waktu melawat. Sedihnya saya kena lalui semua ini sorang-sorang bersama Aisyah....Time ni Aisyah dah lena dibuai mimpi dah sebab penat di'kerja'kan nurse ambik darah, cucuk darah, tonyoh dada utk x-ray bagai.

Dalam dok tengah sedih-sedih tu, datang lagi sorang doktor pulak dah. Aduhai, kunjungan demi kunjugan aih... Tapi kali ni, bukan doktor. Surgeon yang datang, iaitu Mr Siva. Dia yang akan membedah Aisyah esok. Orangnya friendly sangat-sangat. Dia jelaskan Aisyah akan masuk bilik bedah pada hari Selasa pagi jam 7. First case. Alaaa....mengeluh saya dalam hati. Apasal la pulak hari Selasa. Kata hari Isnin...tapi tak pa lah, janji dah ada tarikh dan waktu yang sahih.

Anyway anyhow, pada petang hari jam 6 Sheikh dapat masuk. Hoye! Tapi dia agak frust sebab tak dapat jumpa dengan doktor bius dan pakar bedah untuk sesi penerangan. Tapi tadi Mr. Siva kata dia akan cuba jumpa ayah Aisyah nanti. Segala informasi yang saya dapat dari doktor-doktor dan pakar bedah tadi, saya sampaikan pada Sheikh.

Semenjak saya tinggal di wad, saya jrang benar dapat jumpa Rafiq. Ya la kan, budak-budak tak boleh masuk wad. IJN strict. Sedih la sebab kesian sangat dengan Rafiq. Jadi, untuk pengubat rindu, Sheikh tangkap gambar dia untuk tatapan saya di hospital. sedih tak? sedih kan....

Rafiq sedang tidur lena di rumah baru...


Jadi sampainya hari Isnin, nurse sudah mula berikan nasihat pada saya untuk mulakan puasa Aisyah pada pukul 3 pagi nanti. Maknanya, susu terakhir Aisyah adalah jam 3 pagi dan selepas itu haruslah bermula puasa. Dan nurse juga ada bagi sabun dalam botol merah. Katanya untuk membunuh kuman. Kena pakai macam sabun biasa dan kemudian bilas. Lepas tu jangan pakaikan bedak atau apa-apa losyen dan minyak pada badan Aisyah.

Lepas magrib, nurse wad Melur tu bawa semua ibu bapa untuk kanak-kanak yang bakal menjalani pembedahan pada keesokan harinya. Nurse tu bawa kami ke bilik Picu (Paedatrik ICU) dimana selepas anak kita dibedah, mereka akan diletakkan disitu. Suspence tak kira lah kami. Nurse tu kata, ini perlu supaya ibu bapa tidak terkejut selepas melihat keadaan anak mereka yang lesu dan tidak sedarkan diri.

Lalu kami pun berjalan la ke sana. Aisyah kami tak bawa, kami tinggalkan dia dengan tok wan Rashid dan tok Pah yang datang melawat Aisyah dari Kedah.

Picu terletak di Blok A, tingkat 1. Nak masuk Picu kena cuci tangan dengan sabun atau gel pembasmi kuman. Masa nak enter pintu tu, ada mak guard yang bersedia untuk pam sabun tu kepada pelawat. Rombongan kami ni semuanya suspence tak tau nak bagitau. Diam semua tak berani nak bercakap. Kami mengikut saja nurse tu berjalan.

Sampainya di dalam Picu, ada 10 katil. Semuanya tidak sedarkan diri. Nurse tu kata, semua perlu masuk terus ke bilik belakang untuk orientas tapi saya sempat jugak jenguk kanak-kanak semua tu. Wayar berselirat. ada yang dimasukkan darah, ada yang dimasukkan air. ada yang kecik badannya...ada yang besar. Sebak saya tengok sebab esok giliran Aisyah pula. Giliran dia terbaring lesu begitu. Saya gengam tangan Sheikh kuat sangat time tu. Kami sama-sama takut.

Dalam bilik belakang, nurse tu jelaskan beginilah keadaan anak-anak kita selepas pembedahan. Jadi jangan terkejut. Setiap pesakit berbeza-beza tempoh berada di Picu. Kalau cepat sihat, cepatlah naik ke wad Melur semula. Kalau kritikal, perlu la tinggal lebih lama. Kelengkapan yang perlu ditinggalkan bersama anak-anak ialah botol susu, susu, baju lengan panjang berbutang depan, wet tissue, lampin, vaselin untuk letak dibibir anak jika kering, minyak telon, sarung tangan dan stokin. Lepas sesi soal jawab oleh beberapa ibu bapa yang lain, kami pun naik ke atas semula.

Malam tu kami serba salah jadinya. Seronok untuk operation ada, risau fikirkan risiko dan kesan lepas operation pun ada. Namun yang pasti, malam tu kami bertiga beranak saling resah. Last sekali kami hanya mampu tersenyum dan berserah pada Allah SWT. Hanya Allah SWT yang mampu menenangkan kami. Jadi, kami putuskan untuk luangkan masa bersama-sama dengan posing sakan dengan kamera untuk kenang-kenangan.

Katil Aisyah di IJN ni kecil. Macam baby cot kandang besi.


Dari sudut sisi. Aisyah diam saja masa ni, dia merenung tajam disekeliling. Maybe tengah pikir kat mana la aku ni.....

Aisyah berkerut dahi tengok tempat baru dia...


Aisyah kena kuat, kena bersemangat. Pembedahan tu sat saja, mama dan papa tunggu kat luar. Nanti bila Aisyah nak masuk operation theater tu, mama papa akan teman sampai Aisyah terlelap. Dan bila Aisyah terjaga pun mama dan papa akan ada juga. Kami akan tunggu Aisyah tau.


Malam ni kami tak dapat tidur lagi. Saya sedang berikan kata-kata semangat pada Aisyah sebab kami tengok Aisyah seolah resah.

Papa posing sakan dengan Aisyah dan tak lupa untuk bersembang-sembang dengan Aisyah.


Papa sedang bagi semangat dan baca apa yang patut untuk tenangkan Aisyah malam tu.


Malam tu lepas tok wan Rashid dan tok Pah balik, saya suruh Sheikh tidur di wad. Memang betul, hanya sorang saja penjaga dibenarkan tidur tapi kami buat dek saja. Kami diam-diam tutup langsir dan luangkan masa dengan Aisyah. Janji tak buat bising atau kacau orang sebelah dengan dengkuran yang kuat. Memang.... memang katil di IJN kecil sangat dan ada satu sofa kecil disebelah Aisyah untuk ngam-ngam 1 penjaga tidur.

Tahu tak kami buat lagu mana supaya nurse tak halau salah seorang kami keluar? Kami duduk diam-diam dan kurang bersembang. Kami silih berganti tukar tempat, Sheikh duduk di sofa sebelah kiri Aisyah untuk baca Yasin, saya solat sunat di atas sejadah sebelah kanan Aisyah. Kami apit Aisyah. Lepas saya dah lenguh solat, saya duduk pula di sofa baca yasin dan Sheikh pula yang solat sunat. Bersilih gantilah kami sampai esok pagi. Kalau terlelap pun, sekejap jer kami tidur pun.

Tak mampu rasanya kami nak tidur lena. Banyak benar kami berdoa. Doa yang tak putus-putus. Rasanya kadang-kadang terasa terlampau banyak kami meminta sedangkan siapalah kami ini hamba yang hina yang kurang serba serbi dalam amalan ibadah. Namun.... kami juga tak berdaya untuk tidak memohon. Kerana, pada siapa lagi yang boleh kami mengadu domba kalau bukan padaNya? Pada siapa lagi yang layak kalau bukan padaNya? Maka dengan malunya dan hinanya kami memohon segunung harapan pada malam itu dan dengan berat hatinya kami berharap agar Allah SWT dapat menunaikannya.Amin..... T_T

Sekian untuk kali ini. Next chapter saya akan ceritakan pengalaman pembedahan Aisyah yang suspence. Terima kasih kerana membaca dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Tips: Saya nasihatkan kepada sesiapa yang bakal menginap di IJN, tolong bawa selimut yang tebal, atau baju sejuk yang tebal, stokin yang tebal dan bantal tak kisahlah kecil atau besar untuk keselesaan tidur disini. Aircond dia memang sejuk tak hinggat menyucuk ke tulang.




29 Jun 2011

Chapter 12: Perpindahan

Terima kasih kepada yang sabar menunggu walaupun dalam hati mencebek-cebek kenapalah Intan ni tak update blog Aisyah ni kan…maaf beribu ampun, untuk pengetahuan semua, saya sibuk dengan urusan Aisyah…hehehe. Macam biasa, saya akan ceritakan dalam blog ini kemudian hari.

Untuk chapter kali ini seperti yang saya janjikan, saya akan menceritakan mengenai kesan apabila Aisyah sudah tidak memberi tindak balas ke atas ubat-ubat jantung yang diambil dan perpindahan yang berlaku dalam tempoh 1 minggu lebih kurang.

Setelah 5 hari Aisyah berapa di PICU dengan bantuan BiPap untuk mengembangkan kembali paru-parunya, Aisyah pun dipindahkan kembali ke wad biasa tapi masih di katil yang sama. Alhamdulillah, dapatlah saya peluk cium cubit-cubit bagai walaupun dia masih lagi memakai tiub oksigen yang kecil di hidung dia tu… Satu lagi wayar yang menyukarkan saya bebas kesana kemari dengan Aisyah ialah wayar yang lekat di kaki Aisyah untuk bacaan kadar oksigen dan saturation dia tu. Haih, sabar jer lah.

Selang beberapa hari jangkitan paru-paru Aisyah sudah semakin baik. X-ray pun dah menunjukkan paru-parunya sudah mengambang jadi katil pun sudah boleh ditukar ke bahagian yang tidak kritikal lagi. Hoyae! Seronok la tak terhingga bila kena tolak katil ke belakang. Dalam hati masih lagi menyimpan harapan untuk Aisyah dan saya pulang. Maka perpindahan katil telah pun berlaku dari katil no 1 kepada no 11 kembali. Syukur…

Selepas Aisyah berpindah katil dan beransur pulih dari infection paru-paru, doctor dapati Aisyah masih menunjukkan kesan yang tidak baik. Dos ubat jantung dia makin meningkat tapi tiada kesan positif yang berlaku dari masa ke semasa yang terdekat. Jadi, dokotr telah membuat keputusan untuk merujuk kes Aisyah ke IJN. Masa tu saya seronok yang amat tak tau nak bagitau dah. Nak meloncat ada, nak tersengih ada…semua ada. Bukan apa, saya lebih suka rujuk kes ke sana terus dari dok tunggu kat PPUM dengan rawatan ubat-ubatan yang tidak berkesudahan.

Jadi tak lama lepas doctor inform pasal rujukan kes tu, dia terus call IJN untuk buat temujanji klinik IJN yang pertama untuk Aisyah. Dapat la 21/10/10 untuk temujanji pertamanya. Pihak PPUM menghantar kami berdua dengan di-ascot oleh seorang nurse comey iaitu misi Mai atau nama FB dia ialah misi maisi. Hehehe. Baik tau misi ni. Dan di-ascot oleh seorang MO yang comel lote iaitu dr Nik. Sheikh pun dapat ikut sekali dan kami berempat dapat la naik ambulan. Ne no ne no memecut ke jalan Universiti ke jalan Tun Razak. Perak la pulak kan…hahahaha.

Sampai di IJN, dipendekkan cerita, kami berjumpa dengan Dr Leong di klinik paedatrik. Selepas di buat echo, Dr Leong suruh nurse panggilkan Dr Arfah senior disitu untuk mengesahkan pemeriksaan dia. Doktor tu pun datang kejap jer sebab bilik dia kat sebelah, selepas pemeriksaan itu, dia pun cakap memang confirm dan perlu disubmit kes ke IJN. Lepas Dr Arfah tinggalkan kami, Dr Leong diam seketika seperti sedang mencari-cari kata-kata yang sesuai untuk bercakap. Dia dengan nada yang agak perlahan bertanya kepada kami adakah kami faham kenapa Aisyah dirujuk kes ke IJN. Kami berdua menggangguk tanda faham dan menceritakan apa yang PPUM telah dapati dan apa yang telah PPUM rawati Aisyah. Sekali lagi dia mendiamkan diri. Kemudian dengan wajah yang seperti sedang meng-control perasaan sedih, dia memberitahu dia dan Dr Arfah tadi menjumpai 4 lubang. Lubang yang terbesar sekali ialah 14mm iaitu bersamaan 1.4mm dan lubang itu adalah besar untuk jantung bayi berumur 2 bulan. Lubang seterusnya ialah 8mm, 3.5 mm dan 3mm.

Aduhai sayang…. Hati kami hancur sebab di PPUM kami dapat tahu cuma ada 3 lubang tapi disini dijumpai 4 lubang dan terbesar ialah 14mm! Di PPUM kata terbesar 7-8mm saja, ini dah dua kali ganda! ya Rabbi… ya Rabbi… ya Rabbbbbbi… dugaan sungguh dasat untuk kami telan wahai ya Allah.

Dan seperti biasa, reflek semulajadi dari kami berdua hanya tersenyum. Namun sewaktu saya cuba untuk bertanya akan betapa serius keadaan Aisyah, saya menangis juga. Air mata tak dapat lagi saya tahan di depan Dr dan Sheikh. Dada yang ketat setelah sebulan lama menahan tadahan, akhirnya bagai empangan yang pecah. Membuak-buak air mata keluar. Aduhai…. Tak tertahan lagi daya saya untuk menjadi tabah. Sheikh pun diam saja sambil mengusap belakang saya. Tiada kata-kata pujukan menyuruh saya berhenti menangis kerana dia juga menahan dirinya supaya jangan menangis.

Dr Leong memang baik, walapun diluar bilik ada berpuluh ibu bapa dan pesakit menunggu giliran diperiksa, dia tetap sabar dan memberi kami ruang untuk tenangkan perasaan sebelum dia bersambung penjelasan.

Saya gagahi juga bertanya apakah tahap serius Aisyah sekarang dengan tergagap-gagap. Dr Leong kata kes Aisyah adalah tahap amat serius dan pembedahan perlu dilakukan dengan kadar segera. Maksudnya, contoh sekiranya ada pesakit yang tidak dapat dibedah pada hari esok, Aisyah akan dipanggil pada hari ini untuk mengantikan slot pembedahan itu.

Hah, saya pun tak tahu bagaimana saya nak gambarkan perasaan saya tatkala itu. Kami hanya dapat menganggukan kepala tanda setuju. Tapi disamping perasaan yang bercampur aduk itu, ada juga perasaan gembira kerana Aisyah akan dibedah secepat mungkin. Jadi, dia boleh la cepat baik. Ya betul! Kami suami isteri bersepakat dengan perasaan itu.

Cepat bedah, cepat selesai, cepat sembuh, jadi cepatlah balik rumah. Cepat segala-galanya berlalu~~~

Maka rombongan kami yang di-escort nurse dan doctor itu pun pulanglah kembali ke PPUM dan bersedia untuk dipanggil IJN bila-bila masa. Saya pun sesampainya di PPUM get ready la packing konon. Hahaha. Excited pulak tetiba. Dan kami berdua pun mulalah menunggu ~~~~

Berbalik kepada tajuk perpindahan, ada satu lagi perpindahan sehari selepas temujanji AIsyah ke IJN iaitu pada 23/10. Perpindahan yang mengembirakan iaitu perpindahan dari rumah sewa ke rumah yang kami beli sewaktu mengandungkan Aisyah… Aisyah, awak dapat rumah baru… hehehehe. Akan tetapi dukacita sekali saya dan Aisyah tak dapat tolong papa angkat barang sewaktu perpindah…(gembira sebenarnya..sebab tak perlu penat angkat barang). AJK Pindah yang memberi jasa yang amat-amat-amat besar sekali ialah Tok Wan Sheikh, Mak Ngah Intan, Pak Ngah Syam dan tak lupa juga penolong yang paling bekerja kuat hari itu ialah Syami dan juga Eizu Azwandi sahabat lama kekasih siapa? tak tahulah.... hehehe.

Mereka amat bersungguh-sungguh menge-clearkan apartment kami sampai cuci calat. Ditambah pulak dengan idea ayah mertuaku yang bernas. Nak tau apa dia? Hrm…sejak dia sampai kl untuk bantu berpindah, sheikh kata ayah asyik ajak pi kedai nak beli tali saja…ingatkan dia nak ikat kotak ka, ikat plastic ka… rupa-rupanya dia nak ikat…… untuk lebih jelas lagi, sila lihat gambar-gambar sewaktu perpindahan tersebut.

































Lepas tengok gambar yang kurang jelas tu, boleh nampak tak kretiviti ayah mertua ku? Angkat barang pakai tali dari tingkat 2 sampai ground floor. terbaik bukan? hehehhe.

TETAPI perpindah yang paling best giler tak tau nak bagitau ialah pada 23/10 hari sabtu iaitu 2 hari selepas temujanji IJN, doctor Leong dah call wad PPUM!!!!!!!!

Aisyah perlu ke IJN pada 24hb untuk masuk wad dan akan dibedah pada 25hb! Yahooooooooooooo!

Seronok tak terkira ya Allah! Alhamdulillah. Cepatnya rezeki Aisyah datang. Tak perlu lagi mama menanti sebab pernantian itu satu penyiksaan! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Sujud syukur kami lepas dengar berita itu. Maka tidurlah kami dalam sengihan yang melampau pada malam itu kerana keesokan harinya kami akan ke IJN…. Yea yea.

Next chapter saya akan ceritakan pembedahan Aisyah di IJN ok.
1 Jun 2011

Chapter 11 : Aisyah Dimasukkan Ke PICU PPUM

Maaflah sebab membuatkan semua tertunggu chapter ni sampaikan hampir sebulan. Bukan apa, saya sibuk dengan pembedahan Aisyah yang ke 4 selama 2 minggu dan kemudian lepas discharge dia kena demam campak pulak. Jadi, memang tak sempatlah nak menaip setelah penat menjaga 2 orang anak siang dan malamnya....

Ok, sambungan kepada chapter sebelum ini saya akan menceritakan bagaimana Aisyah akan menjadi semakin teruk dan bagaimana dia menghadapi saat-saat suspend sehinggakan dia masuk ke PICU PPUM.

Selepas darah Aisyah diambil untuk menjalani ujian, saya terpaksa menunggu 3 hari tanpa mengetahui apa sebab musabab Aisyah jadi begini. Dan selama 3 hari itu jugaklah saya terpaksa bersabar mengelap muntah-muntah Aisyah selepas dia minum susu atau batuk-batuk. Suction dia pun sudah makin kerap iaitu setiap sebelum menyusu. Memanglah kalau nak diikutkan sedih tengok Aisyah menangis bila suction tapi kalau tak buat, dia akan makin susah bernafas sebab kahak memang banyak. Lepas buat suction saja, dia akan tidur lena dan selesa.

Dan selama 3 hari jugalah semasa doktor-doktor buat round waktu pagi dan petang, mereka tidak beritahu apa punca sakit Aisyah, apa yang mereka bagitau ialah, mereka akan monitor dan monitor dan suruh buat banyak suction untuk Aisyah. Bila saya soal, mereka berbalik kepada asal, kita-akan-monitor. hmm...sedih juga lah kan, takan kita nak tunggu dan tunggu saja sedangkan Aisyah semakin penat. Semua doktor dah jadi tak ramah macam dulu. Doktor yang happy go lucky inform jantung Aisyah berlubang dulu pun tak senyum dah setiap kali melawat Aisyah. Diam dan masam saja.

Maka setelah genap 3 hari barulah doktor-doktor datang ke katil dengan senyuman. Mereka kata mereka dah tahu punca iaitu lung infection. Sebab tu dia batuk dan kahak banyak. Infection yang dia dapat tu pulak adalah jenis tak ada antibiotik. Antibodi Aisyah kena fight sendiri infection tu dan mereka hanya dapat membantu dengan kerapkan lagi suction. Doktor kata sebelum ni mereka syak ada 2 kemungkinan Aisyah semakin sakit, 1. lung infection dan 2. heart failure kerana ubat tidak memberi kesan lagi kepadanya. Akhirnya hasil dari ujian mereka dapati positif lung infection atau jangkitan paru-paru. Aiseyman, kalaulah heart failure, takanlah 3 hari baru depa nak bertindak...agak tidak efficient la kalau macam tu. Mesti keadaan Aisyah makin teruk lepas tu. Nasib baiklah lung infection. haihhhh....

So, doktor tu kata paling minimum nak baik ialah 2 minggu dan paling max ialah berbulan-bulan. Semuanya terpulang pada antibodi Aisyah. Apa yang mereka boleh membantu ialah dengan berikan nebulizer dan suction untuk mengurangkan kahak. Kahak adalah penyerang utama dan akan merebak dengan cepat sekali.

Maka bermulakah treatment untuk infection ini. Seperti yang dijelaskan tadi, sebelum suction, Aisyah akan diberi gas atau nebulizer untuk mencairkan kahak. Selepas itu barulah akan dibuat suction atau penyedutan kahak. Kalau tak diberi gas, kahak dia memang pekat dan tak akan keluar banyak. Bila kahak kurang, cepatlah sikit Aisyah nak sembuh...Gitulah kata doktor. So far semasa diberikan gas, Aisyah tak meronta macam budak-budak yang lain. Biasanya dia akan 'menikmati' pemberian gas itu dan akan lena dibuai mimpi diulit mama Intan. :)


Aisyah kena pakaikan nebulizer jenis helmet angkasawan ni sebab dia baby lagi, tak boleh pakai yang jenis mask mulut tu.


Tidur nyenyak saja sampaikan kesian nak kejutkan untuk buat suction



Video Aisyah kena sedut kahak selepas nebulizer.


Setelah beberapa hari Aisyah dok fight infection ini, kami terima lagi satu berita yang kurang menyenangkan iaitu paru-paru sebelah kiri Aisyah sudah collapse, atau menguncup dan tidak mahu kembang. Semua itu adalah akibat daripada infection yang dia alami. Jadi doktor pakar paru-paru dan juga menrangkap doktor wad, Dr. Anna berkata dia mahu Aisyah pakai BiPaP. Tak sempat 5 minit kami berbincang, nurse sudah sampai dengan mesin BiPaP. Alamak, ini yang saya tidak gemar ni sebab memang kesian gila tengok baby pakai benda tu. Lepas tu doktor tu terus pergi. Saya pun terpinga-pinga la kenapa Aisyah kena pakai BiPaP. Bila tanya nurse, nurse pun kurang pasti. Diorang ikut arahan jer.

Mula-mula pakai, Aisyah meronta-ronta tak mau sebab BiPaP tu akan menghembus udara masuk ke dalam mulut dan hidung. Nurse cakap, tak pa, paksa dia kejap. Biasanya baby akan berhenti meronta lepas 15 minit. So saya pun bedungkan Aisyah supaya dia tidak meronta-ronta sangat. Tapi Aisyah tetap menangis tak berhenti-henti. Saya ingat lagi jam waktu tu 6.15 petang. Nurse tu kata 15 minit, so 6.30 petang nanti Aisyah akan berhenti lah menangis. Tapi saya tunggu punya tunggu, sampai jam 7.00 malam Aisyah tetap menangis sampailah dia keletihan hingga tertidur. Lega hati saya. Terus saya buatkan susu untuk Aisyah.

Masa saya tengah masukkan susu ke dalam tiub, tiba-tiba Aisyah terjaga dan menangis lagi. Terus dia tersedak. Masa tu bibir dia kebiru-biruan. Terkejut sungguh saya tapi saya tak panik. Saya perhatikan lagi betul ke bibir dia biru...Lepas dah confirm, baru saya panggilkan nurse cakap Aisyah biru. Nurse pun datang check. Dia perhati Aisyah yang tengah menangis betul-betul.

Lepas tu terus dia buat suction. Saya tengok nurse tu rilek jer, tak panik pun. Maybe Aisyah tak biru dan dia buat suction maybe sebab Aisyah tersedak. Berkali-kali dia buat suction kemudian dia pergi ke meja kaunter nurse inform apa ntah kat nurse sorang lagi. Kemudian dia datang balik ke katil Aisyah dan buat suction lagi. Kesian Aisyah, dia menangis tak henti-henti.

Tak lama lepas tu nurse kat kaunter tu menjerit, hari ni Jumaat, doktor dah balik. Doktor Lim (doktor on call) tengah mandi. Nurse yang tengah buat suction tadi berpaling dan balas balik, suruh diorang datang cepat!. Waktu tu, jantung saya Dup-Dap-Dup-Dap...mak ai, takan serius kot. Saya terus risau. Kemudian dalam 5 minit tu, datanglah Dr Lim berlari-lari masuk dalam wad dan bertanya kenapa. Nurse tadi cakap, Aisyah tersedak dan biru. Dia dah buat suction dan buang semua susu dalam perut. Kemudian tak lama lepas tu datang pulak doktor pakar paru-paru yang suruh pakaikan Aisyah BiPaP tu berlari-lari dengan pasukan doktor dia. Dia pun tanya benda yang sama pada nurse tadi, lepas nurse tu explain dia suruh nurse tu buat suction sekali lagi dan dia nak tengok sendiri.

So sekali lagi la Aisyah kena suction...memang habis segala susu yang ada dalam perut dia. Lepas suction, doktor berikan topeng oksigen, kemudian suction lagi, kemudian oksigen balik...begitulah yang berlaku dalam masa 20-30 minit. Sampailah Aisyah dah tak biru semasa menangis. Pada masa yang sama, Sheikh pun baru sampai dari office. Kebingungan dia tengok ramai orang kat katil. Saya terangkan pada dia yang Aisyah kena pakai BiPaP kemudian tersedak susu sebab tu ramai datang sebab Aisyah biru. Sepanjang tempoh panik tu saya pegang erat-erat tangan dan kaki Aisyah. Proses menyelamatkan nyawa dia tu memang sibuk tapi saya tak akan sama sekali lepaskan dia. Biar pun ngeri tengok keadaan dia yang lemah kebiru-biruan tu tapi saya tekad nak duduk dekat dengan dia untuk melalui saat-saat getir itu.

Bila sudah selesai suction tu, doktor tu suruh pakaikan balik BiPaP dan hantar dia ke ICU atau PICU dengan segera. Saya time tu merayu kat doktor tak nak pakaikan Aisyah BiPaP sebab nanti dia biru dan meronta-ronta. Tapi doktor tu kata kali ni diorang akan bagi ubat tidur pada Aisyah dan BiPaP tu penting supaya mesin tu dapat mengembangkan kembali paru-paru dia yang collapse. Jika tidak, paru-paru dia tak kan kembang dan membahayakan.

Tambah doktor Anna lagi, lagipun hari tu hari Jumaat, dan esok lusa dah weekend. Ramai doktor pakar bercuti dan kalau berlaku lagi sekali emergeny macam ni nurse kat wad Paeds 2 tak sempat nak bertindak sebab 1 nurse busy kena jaga 4-5 patient. Nurse di PICU berpengalaman, ada banyak mesin canggih dan seorang nurse akan perhatikan Aisyah 24 jam. Keselamatan dia lebih terjamin. Doktor Anna pun cakap, mummy pun nampak pucat dan keletihan sangat sebab dah hampir 3 minggu kat hospital. Baik Aisyah masuk PICU dulu dan mummy balik rumah untuk rehat juga. Time tu aku relakan saja. Betul jugak kata doktor tu, saya bukannya pandai jaga Aisyah sewaktu dia pakai BiPaP tu. Kalau jadi apa-apa nanti, saya juga yang susah hati.

Aisyah di wad Paeds 2. Keletihan selepas struggle dan suction


Aisyah di wad Paeds 2. Sudah diberikan ubat tidor.


Aisyah di wad Paeds 2. Gambar last sebelum dihantar ke PICU


Aisyah di wad Paeds 2. Bersama mesin BiPap


Aisyah di PICU. Curi-curi tangkap gambar ni sebab dalam PICU tak boleh bawa kamera.


Aisyah di PICU. Curi-curi tangkap gambar lagi.


Selama 5 hari Aisyah di PICU, barulah paru-paru dia berkembang sedikit dan sudah boleh turun ke wad Paeds 2 balik... Leganya hati. Rindu sangat nak peluk dia. Ya lah, kat PICU mana boleh peluk-peluk. Tengok ja sambil belai-belai tangan dan kaki. Bila dah masuk wad biasa, barulah boleh peluk-peluk gomol-gomol...hehehe.

Next chapter saya akan ceritakan apa kesan apabila Aisyah sudah tidak memberi tindak balas ke atas ubat-ubat jantung yang diambil. Terima kasih kerana membaca :)
11 May 2011

Chapter 10 : Aisyah Nampak Teruk Dari Sebelum Ini

Doktor Anna dah start suruh saya selang sseli beri minum susu pada Aisyah dengan 50% pakai botol, dan 50% lagi pakai tiub. Sebab sekarang dalam proses nak off tiub. Wah...mengikut pemerhatian saya, patient yang disuruh buat macam ni adalah mereka yang di-plan untuk pulang selepas berjaya 80% pakai botol, 20% pakai tiub.

Setelah berangan-angan nak pulang ke rumah akhirnya hari yang ditunggu kian sampai. Menurut nurse yang tolong tengok dalam rekod plan Aisyah, esoknya Aisyah di-plan untuk discharge. Wah, kembang kempis hidung seronok tak terhingga...

Macam biasa, selepas minum susu saya bangunkan Aisyah untuk sendawakan dia tapi tiba-tiba Aisyah muntah! Alahai.... terkejut saya. Saya salah angkat kah. Hmmm, lepas mengadu kat nurse , dia kata mungkin sebab saya gerakkan badan dia terlalu banyak kot sebab tu dia termuntah balik. hrmmm mungkin jugak..... Saya fikir nanti time minum susu seterusnya saya akan kurangkan gerakan badan Aisyah untuk sendawa. Lepas 3 jam kemudian, tibalah masa minum. Macam biasa lepas minumkan susu saya angkat perlahan-lahan dan letakkan kepala Aisyah ke bahu saya. Baru tepuk sekali dua, terus muntah lagi.

Alahai...Aisyah, awat la jadi macam ni pulak. Sya mengadu pada nurse lagi. Nurse tu kata, Aisyahhh jangan la muntah, nanti tak boleh balik.... Dan bila time minum susu seterusnya pun Aisyah tetap muntah lagi. Hati saya mula dah senang. Dada Aisyah pun nampak bernafas laju balik, lebih laju dari masa masuk wad dulu. Kepala saya dah serabut dah time ni. Nurse kata, tak pa lah, memandangkan sekarang ni dah malam, dia akan bagitau doktor on call. Tapi dia akan inform pada next shift punya nurse jugak untuk dia report pada doktor masa round wad nanti.

Esok pagi-paginya waktu doktor Anna check Aisyah, dia terus cakap Aisyah tak boleh balik dan kena tukar katil ke depan counter nurse. Katil tu betul-betul depan kaunter. Ya Allah.... saya ni kan, waktu dapat tahu berita Aisyah jantung berlubang saya tak sedih tapi bila kena tukar katil, hati saya betul-betul takut dan nak menangis. Nak tahu kenapa?? Sebab...katil dibahagian hadapan adalah untuk kritikal case dan berada hampir dengan kaunter nurse.

Saya nak tanya lagi kat doktor Anna tapi lepas dia bagi arahan untuk tukar katil, dia dan doktor-doktor yang lain terus beredar dari situ dan mula berbincang-bincang. Topik apa yang dibincangkan pu ntak tahu sebab jauh sangat nak dengar pun. Nurse mula tolak katil dan drawer saya ke depan katil no 2.

Lepas selesai berpindah, saya terus telefon dan menangis pada Sheikh. Saya bagitau yang saya risau sangat-sangat ni sebab Aisyah nampak susah bernafas dan laju sangat dada dia masa bernafas. Doktor pun dah tukar katil ke depan. Sheikh nasihat pada saya jangan patah semangat lagi....Dia kata kalau saya sedih, dia lagi 2-3 kali sedih.... Petang tu lepas kerja Sheikh datang untuk tenangkan saya. Kami berdua mati akal sekali lagi. Ya lah, ingatkan Aisyah dah makin pulih dan dah boleh balik tapi sebaliknya berlaku. Sheikh kata Aisyah memang nampak makin penat. Oksigen level untuk 2-3 hari lepas dah turun ke 0.5level, tapi hari ni dah naik balik ke 1.5liter. Aduhai Ya Allah...apa lagi yang perlu kami hadapi pada masa itu masih lagi pudar-pudar. Kami berserah...

Papa datang untuk temankan Aisyah di katil baru.


Saya cuba dapatkan doktor untuk jelaskan apa yang berlaku pada Aisyah tapi semua bagaikan nak lari dari saya. Last-last saya tanya pada nurse. Nurse juga yang baik hati bagitau lani mereka akan ambik darah dan test. Keputusan test akan dapat dalam masa 3 hari. Dan kemudian bagaikan kilat ada pasukan x-ray mobile datang untuk x-tray Aisyah di katil. Cepatnya...hati saya mula rasa tak sedap sangat-sangat. X-tray mobile tu adalah machine yang boleh bergerak dan x-tray pesakit di katil instead pesakit pergi ke bilik x-tray. Jadi sekarang ni semuanya menjadi tanda tanya yang begitu besar di atas kepala saya.

Kat video ni anda semua akan nampak betapa cepatnya dada Aisyah berombak ketika menarik nafas. Dan saat ini Aisyah sudah mula kerap batuk-batuk sehingga muntah susu.




Lepas ni saya akan ceritakan kenapa sebab musabab Aisyah jadi semakin teruk dan bagaimana dia menghadapi saat-saat suspend sehinggakan dia masuk ke PICU PPUM...
10 May 2011

Chapter 9 : Penemuan Lubang Baru

Semalaman di wad langsung tidak menganggu gugat lena Aisyah. Dia tetap lena dibuai mama Intan. Dan saya? pun dapat tidur tanpa rasa kekok sebab memang sudah biasa dengan keadaan di wad PPUM yang bagi saya memang selesa. Waktu minum susu Aisyah, nurse yang tolong berikan. Jadi saya dapat berehatlah diwaktu malam.

Sheikh datang pagi tu dengan bungkusan makanan dari cafe tingkat 1 hospital. Oleh kerana Aisyah masih kecil, maka secara automatiknya saya sebagai ibu dapat makan menu Aisyah. Jangan ingat makanan hospital tak sedap tau.... saya tiap2 hari makan menu western tau. hahaha. Nak kata sedap macam restoran The Ship tu tak ada la tapi tekak ni boleh terima dan nak lagi, nak lagi, nak lagi..hehehe. Free katakan. Walapun dapat makanan free, Sheikh tetap akan bawa bekalan dari luar. Sebab sementara nak menunggu doktor datang buat round, boleh la mengunyah sikit-sikit...

Diantara menu western yang sedap :)

Lebih kurang jam 8 pagi doktor-doktor wad pun datang buat round. Punya la ramai, lebih kurang dalam 5 ke 6 orang. Bila sampai saja giliran Aisyah, doktor Anna iaitu doktor yang incharge bahagian wad Paeds 2 tu explain condition Aisyah pada kami. Penjelasan dia sedikit sebanyak sama macam doktor jantung semalam iaitu ada 2 lubang dibahagian atas dan bawah jantung. Ukuran adalah 7mm dan 3.5mm. Dan mereka telah mula memberi ubat jantung kepada Aisyah untuk melihat kesan ke atas Aisyah. Seandainya keadaan Aisyah ok, dia boleh balik. So far doktor tu kata Aisyah ok. Yeaaaaa...punyala saya suka time tu. Saya estimate paling lama dok sini pun dalam 1 minggu.

Ingatkan panas hingga ke petang rupanya gerimis ditengahari. Tengahari tu datang lagi doktor jantung cina tu sekali lagi. Kali ni pun masih senyum-senyum. Dengan perasaan gembiranya dia bagitau bahwa mereka telah menjumpai lubang ke 3 iaitu dalam ukuran 11mm. Aduhai...berita apa ni??? Kami hanya mampu mengangguk dan bertanya kenapa semalam bagitau 2 lubang saja. Doktor tu kata, iya ke?... alahai doktor. buat lawak la pulak. Lalu kami pasrah dan kami tahu perkara yang patut kami lakukan pada waktu itu ialah -bertanya- dan terus bertanya. Jangan hanya nak mengharapkan 1 way information saja. If not, kita akan ditinggalkan termanggu-manggu dengan penerangan doktor. Jika kita tak faham, tanya lagi sampai faham. Sebab ini soal nyawa anak kita, walaupun kita ni bodoh dalam perubatan, itu tidak semestinya kita harus menyerahkan bulat-bulat kepada doktor. Kita harus tahu apa yang berlaku sebelum-semasa-dan selepas sesuatu tindakan/proses supaya kita bersedia menerima kesan selepas itu tanpa menyalahkan sesiapa.

Tapi doktor tu kata jangan bimbang kerana Aisyah sudah mula menerima rawatan sejak semalam, jadi should be ok lah. Baiklah...sekarang apa yang perlu kami buat ialah??? Bertahan jiwa dan raga. Setakat ni Aisyah cuma ada 2 wayar, satu tiub oksigen iaitu pada paras 1.5liter dan satu tiub kaler biru untuk susu.




Ok la, not bad la. Jadi pada waktu tu banyak memberi semangat pada diri masing-masing. Kami diberitahu oleh nurse ada pesakit kat situ umur lebih kurang Aisyah juga sudah menjalani pembedahan di IJN jadi kami boleh bertanya pelbagai maklumat kepada si ibu tentang pengalaman dia nanti.

Kami berdua sekadar mengiyakan saja. Kami masa tu belum bersedia untuk berkeliaran bertanya khabar dengan ibu-ibu pesakit lain. Kami sebenarnya perlukan masa bersendirian untuk kami 'menelan' semua perkara yang berlaku dengan perlahan-lahan. Sukar untuk kami hadam sekali gus. Kami tak boleh panik, kami perlu mengatur segala-galanya dengan berhati-hati terutama sekali emosi. Emosi kami perlu berada dalam keadaan stabil kerana penting untuk kami suami isteri tidak mudah melatah menyalahkan takdir. Kami perlu berhati-hati supaya iman kami tidak jatuh berderai. Kami perlu berhati-hati dengan soalan yang keluar dari mulut dan hati seperti soalan kenapa jadi pada aku?, kenapa aku terima ujian begini?, Tuhan tak sayangkan aku kah?, Kenapa malang nasib aku?...Soalan-soalan beginilah yang biasanya dibisik oleh syaitan untuk kita persoalkan dengan Tuhan. Maka kawan, berhati-hatilah dengan bisikan syaitan kerana dia akan datang pada saat kita suka, duka, gembira hatta disaat nyawa kita hampir ditarik malaikat maut sekali pun.

Saya pun tak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk tidak berfikir mengenai soalan-soalan diatas. Alhamdulillah syukur yang amat. Mungkin kerana Sheikh sendiri pernah menjalani pembedahan jantung berlubang, secara tidak langsung dan secara tidak sedar saya seperti bersedia untuk menerima kemungkinan-kemungkinan seperti ini.........

Berbalik kepada Aisyah, dia pun menjalani rawatan seperti yang dijadualkan. Selepas kejutan dengan berita lubang ke 3 yang dijumpai doktor jantung itu, tiada lagi kejutan-kejutan susulan. Alhamdulilah! Disepanjang minggu pertama Aisyah di wad, kami tidak sebarkan tentang berita kami sangat kerana kami masih perlukan masa untuk meneutralkan perasaan kami. Kami belum bersedia untuk berkongsi perasaan kerana kami suami isteri sendiri belum dapat biasakan diri dengan perasaan kami.

Tak lama lepas tu kami menerima kunjungan dari seorang ibu muda yang kurus sambil mendukung anaknya yang juga kurus sangat. alahai, rasanya sebesar lengan Sheikh ada kot. cengkung dan pucat muka baby tu. Dia perkenalkan dirinya sebagai Liza dan jantung anak dia ada lubang dan pelbagai masalah lain semasa dilahirkan seperti tiada lubang dubur. Ada masalah lain yang saya tak berapa nak ingat. Tapi itu adalah diantaranyalah. Nama penuh baby tu Mawaddah Qistina kot. Yang pasti saya panggil nama baby tu Mawaddah. Sedapkan nama tu :). Liza ni peramah orangnya, dia cerita dari A sampai Z pengalaman dia di PPUM hingga ke IJN dan hingga pulang balik ke PPUM semula. Sya dan Sheikh berdua rasa agak lega sebab sekarang dah tahu apa yang perlu kami lakukan lepas ni.

Time tu Liza kata Mawaddah baru lepas buat operation kecilkan saluran darah di IJN. Nampak parut didada anak dia time tu. Kesiannya, terdetik hati saya. Lubang di jantung tak dapat nak repair lagi sebab Mawaddah masih kecil dan lebih kurang 2 kilogram beratnya. Mak ai patut la kurus dan pucat saja. Liza kata maybe Aisyah akan buat prosedur yang sama macam Mawaddah mula-mula masuk dulu iaitu treatment dengan 3 jenis ubat dulu. Kalau tak ok baru PPUM akan rujuk pada IJN, kalau ok PPUM akan suruh balik rumah dulu dan mai buat followup saja sampai Aisyah besar dan bersedia buat operation...Yang the best partnya dia orang Utara jugak, dari Sik kot..haha dah lupa juga. Jadi senanglah perbualan kami berlangsung. Tapi yang pasti selepas tu kami berdua jadi kawan baik dan sembang tak ingat dunia. Habis satu wad kecoh dengan slang utara kami. Nak lepaskan tension la katakan. hehehe.

Petang tu saya dan Aisyah ditukar ke katil no 11, tak jauh pun, cuma sebelah belakang wad tu ja. Nurse kata bahagian Aisyah sekarang ni banyak pesakit budak-budak yang selesema dan batuk bervirus. Jadi kena tukarkan Aisyah takut berjangkit nanti. Nasib baik di katil baru tu saya berjumpa dengan ibu-ibu yang ramah dan rajin bersembang. Baik-baik pulak tu dan berhadapan dengan katil Liza, wah lagi la best. Jadi tak da la sempat nak bersyahdu sedan sendirian,

The best geng bergossip Paeds 2 PPUM. Rindu laaaa....Baju merah tu Liza dan sbelah kiri dia tu Wani. Sexy momma. Sebelah paling kiri tu Mama Danish. Selah paling kanan tu Mama dah lupa nama. hehe sorry.

Untuk minggu itu, Aisyah cuma menerima kunjungan dari keluarga terdekat sahaja. Terima kasih kerana support moral kalian semua.

Pelawat yang setia iaitu abang Rafiq. Kena bawa kertas untuk conteng sebab takut dia bosan.

Tok Wan Sheikh dok dengar bunyi jantung Aisyah sambil diperhati Atirah.

Ni gambar blur tapi nak upload jugak sebab ada muka Kak Yang gelakkan Tok Wan Sheikh.

Masuk hari ke 3 Nurse mengesyorkan saya belajar cara-cara untuk memberi Aisyah minum melalui tiub seperti mana nurse buat selama ni. Nurse kata ini penting supaya Aisyah boleh minum susu ikut time sebab kemungkinan besar nanti nurse busy dan kesian kat Aisyah minum susu lambat. Itupun kalau mak berani. Oh, saya berani...berani untuk belajar. Memang la cuak sikit tapi selama 2-3 hari dok tengok nurse buat nampak macam ok ja, tak da la extreme sangat pun, cuma tuang susu saja... Jadi dengan satu latihan saja saya berjaya memberi Aisyah minum melalui tiub. Alhamdulillah....

Sepanjang treatment ubat pada minggu tu Aisyah menunjukkan progress yang amat baik. Dada pun tak bernafas kencang dan sudah berhenti muntah. Doktor Anna kata kalau progress dia maintain 1-2 hari ni, Aisyah boleh balik. Syukur sangat-sangat dan sewaktu nak tidur diwaktu malam saya selalu bermimpikan pintu rumah di Sri Damansara. Papa, tak lama lagi kami dah nak balik rumah....yeay yeay!
There was an error in this gadget
 

Blog Template by BloggerCandy.com