11 May 2011

Chapter 10 : Aisyah Nampak Teruk Dari Sebelum Ini

Doktor Anna dah start suruh saya selang sseli beri minum susu pada Aisyah dengan 50% pakai botol, dan 50% lagi pakai tiub. Sebab sekarang dalam proses nak off tiub. Wah...mengikut pemerhatian saya, patient yang disuruh buat macam ni adalah mereka yang di-plan untuk pulang selepas berjaya 80% pakai botol, 20% pakai tiub.

Setelah berangan-angan nak pulang ke rumah akhirnya hari yang ditunggu kian sampai. Menurut nurse yang tolong tengok dalam rekod plan Aisyah, esoknya Aisyah di-plan untuk discharge. Wah, kembang kempis hidung seronok tak terhingga...

Macam biasa, selepas minum susu saya bangunkan Aisyah untuk sendawakan dia tapi tiba-tiba Aisyah muntah! Alahai.... terkejut saya. Saya salah angkat kah. Hmmm, lepas mengadu kat nurse , dia kata mungkin sebab saya gerakkan badan dia terlalu banyak kot sebab tu dia termuntah balik. hrmmm mungkin jugak..... Saya fikir nanti time minum susu seterusnya saya akan kurangkan gerakan badan Aisyah untuk sendawa. Lepas 3 jam kemudian, tibalah masa minum. Macam biasa lepas minumkan susu saya angkat perlahan-lahan dan letakkan kepala Aisyah ke bahu saya. Baru tepuk sekali dua, terus muntah lagi.

Alahai...Aisyah, awat la jadi macam ni pulak. Sya mengadu pada nurse lagi. Nurse tu kata, Aisyahhh jangan la muntah, nanti tak boleh balik.... Dan bila time minum susu seterusnya pun Aisyah tetap muntah lagi. Hati saya mula dah senang. Dada Aisyah pun nampak bernafas laju balik, lebih laju dari masa masuk wad dulu. Kepala saya dah serabut dah time ni. Nurse kata, tak pa lah, memandangkan sekarang ni dah malam, dia akan bagitau doktor on call. Tapi dia akan inform pada next shift punya nurse jugak untuk dia report pada doktor masa round wad nanti.

Esok pagi-paginya waktu doktor Anna check Aisyah, dia terus cakap Aisyah tak boleh balik dan kena tukar katil ke depan counter nurse. Katil tu betul-betul depan kaunter. Ya Allah.... saya ni kan, waktu dapat tahu berita Aisyah jantung berlubang saya tak sedih tapi bila kena tukar katil, hati saya betul-betul takut dan nak menangis. Nak tahu kenapa?? Sebab...katil dibahagian hadapan adalah untuk kritikal case dan berada hampir dengan kaunter nurse.

Saya nak tanya lagi kat doktor Anna tapi lepas dia bagi arahan untuk tukar katil, dia dan doktor-doktor yang lain terus beredar dari situ dan mula berbincang-bincang. Topik apa yang dibincangkan pu ntak tahu sebab jauh sangat nak dengar pun. Nurse mula tolak katil dan drawer saya ke depan katil no 2.

Lepas selesai berpindah, saya terus telefon dan menangis pada Sheikh. Saya bagitau yang saya risau sangat-sangat ni sebab Aisyah nampak susah bernafas dan laju sangat dada dia masa bernafas. Doktor pun dah tukar katil ke depan. Sheikh nasihat pada saya jangan patah semangat lagi....Dia kata kalau saya sedih, dia lagi 2-3 kali sedih.... Petang tu lepas kerja Sheikh datang untuk tenangkan saya. Kami berdua mati akal sekali lagi. Ya lah, ingatkan Aisyah dah makin pulih dan dah boleh balik tapi sebaliknya berlaku. Sheikh kata Aisyah memang nampak makin penat. Oksigen level untuk 2-3 hari lepas dah turun ke 0.5level, tapi hari ni dah naik balik ke 1.5liter. Aduhai Ya Allah...apa lagi yang perlu kami hadapi pada masa itu masih lagi pudar-pudar. Kami berserah...

Papa datang untuk temankan Aisyah di katil baru.


Saya cuba dapatkan doktor untuk jelaskan apa yang berlaku pada Aisyah tapi semua bagaikan nak lari dari saya. Last-last saya tanya pada nurse. Nurse juga yang baik hati bagitau lani mereka akan ambik darah dan test. Keputusan test akan dapat dalam masa 3 hari. Dan kemudian bagaikan kilat ada pasukan x-ray mobile datang untuk x-tray Aisyah di katil. Cepatnya...hati saya mula rasa tak sedap sangat-sangat. X-tray mobile tu adalah machine yang boleh bergerak dan x-tray pesakit di katil instead pesakit pergi ke bilik x-tray. Jadi sekarang ni semuanya menjadi tanda tanya yang begitu besar di atas kepala saya.

Kat video ni anda semua akan nampak betapa cepatnya dada Aisyah berombak ketika menarik nafas. Dan saat ini Aisyah sudah mula kerap batuk-batuk sehingga muntah susu.




Lepas ni saya akan ceritakan kenapa sebab musabab Aisyah jadi semakin teruk dan bagaimana dia menghadapi saat-saat suspend sehinggakan dia masuk ke PICU PPUM...

3 comments:

Angah said...

sedih ku tgk video aisyah ni,sayangnya audio mcm tkbpakuat,...aisyah mcm cuba nak sampaikan sesuatu tp kita tak paham.....alhamdullilah aisyah pun dh makin sihatkan....tkpala sekurang2nya bila org baca blog hang intan,semua org dpt pelajarankan...oh ye ku ada blog lagi satu..hehehe jgn lupa add kat list tu....hihihiiiiii http://craftkami.blogspot.com

Intan Saffinas said...

insyaAllah cerita kami boleh dibuat pengajaran kepada seseorang. Kami bercerita kerana Allah SWT dan berharap agar ada yg boleh membantu orang. Pengalaman kami biasa saja la berbanding ada yg hebat lagi kat hospital tu.

blog baru ka? ok no problem. sat nak add. :)

Angah said...

hehehee masalahku tk teruk ,cuma biasala kt tempat keja,dh keja dgn org cemtu la kan...nak jd suriumah pun bajet tk lepaskann hehe....tq mai singgah ke blog aku...

Post a Comment

There was an error in this gadget
 

Blog Template by BloggerCandy.com