21 Jan 2012

Chapter 14: Pembedahan Aisyah Yang Suspence

Maaf sebab lama tak update. Saya telah melalui masa yang amat-amat-amat sibuk sampaikan tak sempat langsung. Malam ni mata agak 'cerah' dan sukar nak tidur. Jadi malam yang hening dan syahdu ini, saya berhasrat untuk menceritakan chapter seterusnya mengenai pembedahan Aisyah yang pertama yang benar-benar suspence (bagi kami la).

Setelah Aisyah berpuasa maka lepas saya bersolat subuh, saya terus mandikan Aisyah dengan sejenis ubat cecair sebagai ganti sabun. Ubat itu rasa-rasanya antiseptik kot. Nurse kata tujuan cecair tu adalah untuk matikan kuman sebelum masuk ke bilik bedah. Lepas bilas, Aisyah tidak boleh dipakaikan bedak ataupun minyak panas. Lap kering macam tu saja. Lepas tu, kena pakaikan baju bedah.

Aduhai, tatkala Aisyah dipakaikan baju bedah tu.... Aisyah kelihatan sangat takut dan confuse. Tapi dia tak meragam atau menangis. Dia seakan rela dalam paksa. Dia memang seorang bayi yang sangat matang. Saya sungguh bangga dengan Aisyah... Jam 7.30 pagi, saya dan Sheikh mula menolak Aisyah ke bilik bedah di tingkat 1.




Sebelum kami nak tinggalkan Aisyah, Doktor bedah tu suruh kami peluk cium Aisyah. Katanya, ok sekarang boleh la peluk cium anak sampai puas hati sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi lepas ini. Ya Allah, meruntun hati saya dengar... tapi saya tahan airmata jangan la jatuh ke pipi sebab saya tak mahu Aisyah nampak saya sedih. Saya tak mahu Aisyah lemah. Saya cakap kat Aisyah, Mama dan Papa ada kat sini tau. Kami tunggu kat sini ja, tak pi mana-mana pun. Aisyah jangan takut, Doktor dan Nurse semua baik-baik. Kejap jer pun Aisyah masuk. Aisyah kan kuat...... Pastu Doktor pun mula tarik katil Aisyah ke dalam bilik. Pada masa yang sama, Aisyah mula menangis...Ya Allah!!!... tak sampainya hati nak lepaskan dia pergi. Saya jerit kat Aisyah, Aikkk jangan nangis. Mama kat sini jer.... Pastu, doktor terus bawa dia masuk jauuuhhh ke dalam bilik. Suara Aisyah pun dah makin sayup-sayup kedengaran.

Lepas Aisyah dah hilang dari pandangan kami, barulah saya lepaskan tekanan di dada. Saya menangis macam budak-budak sambil memeluk Sheikh. Saya memang tak tahan sebenarnya waktu melihat Aisyah di saat akhir tapi saya kuatkan hati jugak. Ibu dan bapa yang ada kat situ pun sama-sama menangis. Mereka pun baru hantarkan anak mereka masuk ke bilik bedah, jadi hanya kami yang faham perasaan masing-masing. Kata doktor, pembedahan Aisyah akan mengambil masa selama 3-4 jam. Jadi kami pun tunggu la di bilik menunggu lepas dah reda dari kesedihan tadi.

Masuk jam 7.30 pagi, kami kira-kira paling lambat pun jam 12tengahari. Tu kira dah max la lambat dia. Tunggu punya tunggu, jam 2 petang baru nama kami dipanggil. Prosedur IJN ialah; bila pembedahan selesai baru pak guard atau mak guard yang menjaga pintu masuk wad ICU akan panggil nama kita. Masa tu kita boleh masuk bilik ICu untuk berjumpa dan melihat anak kita sejurus selepas pembedahan selesai.

So masa kami masuk tu, dari jauh kami tak kenal mana satu Aisyah. Nurse kat situ yang tunjukkan katil dia. Masa tu ramai nurse dan doktor keliling dia. Badan dia masuk lagi ada kesan darah di dada, paha, leher.... Alahai...betul ke anak aku ni. Badan dia kembung sangat, bagai penuh dengan air. Di bawah katil dia ada 2 botol yang tiubnya mengalirkan darah dari bahagian badan. Saya dah lupa bahagian mana. Nanti saya update bila saya ingat.

Aisyah hanya pakai diapers. Dia nampak sangat keletihan. Mulut dia ada tiub yang besar. tak tau untuk apa. Di leher dia ada banyak sangat wayar atau tiub. Di sebelah katil ada banyak sangat ubat dalam picagari yang besar. Di atas katil Aisyah ada monitor yang menunjukkan kadar oksigen, heart beat dan kadar nadi. Monitor tu asyik beeping jer bunyinya.

Doktor kata, memang mereka tak sempat nak kemaskan diri Aisyah sebab keadaan agak lambat dah. Nanti doktor akan jelaskan apa yang terjadi dan menyebabkan kelambatan itu. Disebabkan sekarang sudah lebih jam 2 petang dan waktu melawat sudah habis,kami disuruh keluar dan masuk semula diwaktu melawat seterusnya iaitu jam 6 petang hingga jam 8 malam. Aduhai, dah la baru jumpa Aisyah lepas tunggu lama, pastu kena keluar pula. Memang la Aisyah tak sedarkan diri tapi kami nak tunggu ja sebelah dia pun tak boleh ker. Dengan berat kakinya kami pun keluar la. Berdebar hati kami sementara menunggu jam 6 petang.

Masuk jer ICU jam 6 petang, MR Siva, doktor bedah Aisyah datang jumpa dengan kami. Dia jelaskan, 3 lubang Aisyah yang sudah berjaya ditutup. Semasa menutup lubang tersebut, mereka jumpa lubang yang lain pula jadi mereka terus menutup lubang tersebut. Jadi pembedahan mengambil masa yang agak lama. Secara keseluruhannya, pembedahan Aisyah boleh dikatakan berjaya. Alhamdulillah, lega dengar.

Malam tu, Aisyah ditempatkan di ICU. Dia akan dinaikkan ke wad bila tubuh badannya dah recover sedikit.

Ingatkan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari. Mr Siva kata pembedahan berjaya tapi Allah SWT lebih berkuasa. Lebih 1 minggu Aisyah di ICU namun dia tak juga sembuh-sembuh. Lagi teruk jadinya. Paru-paru kiri Aisyah tak mahu mengembang. Dia dipakaikan BiPap sekali lagi. Ya Allah..... tak lama lepas tu Aisyah dijangkiti kuman. Dia kena di isolate ke bilik berasingan.

Tak lama lepas tu, kami dapat panggilan telefon dari doktor. Masa tu kami dalam perjalanan ke IJN untuk melawat waktu tengahari. Sheikh yang angkat telefon. Lama dia bercakap....lepas tu telinga Sheikh makin lama makin merah jadinya. Muka dia memang kelat sekelat kelatnya. Lepas dia letak telefon, dia cakap doktor suruh kita ke IJN segera. Mereka perlukan kelulusan dari kita untuk membedah Aisyah sekali lagi dengan segera!

Sakitnya dada, sebak tak terhingga. Tapi lepas tengok Sheikh begitu kecewa, saya tak jadi untuk melayan perasaan sedih tu. Saya cakap, ok jangan cakap atau bincang apa-apa lagi. Bawa kereta perlahan-lahan, nanti kita dengar betul-betul apa yang doktor tu nak sebenarnya. Kita jangan fikir macam-macam. Hmmmmm tapi Sheikh bawa kereta macam kilat. Saya tak mampu lagi nak tegur. Saya pasrah. Nak tegur salah, tak tegur pun salah. Sheikh diam saja. Dia tak mampu lagi bersuara.

Next chapter saya akan ceritakan kenapa Aisyah perlu dibedah dengan segera. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca.
There was an error in this gadget
 

Blog Template by BloggerCandy.com