Chapter 17 ni akan menjadi entry yang kurang stress ceritanya. Dimana Perkembangan Aisyah semakin baik dari hari ke hari. Selepas 2 hari, kami ditukarkan ke katil no 10. Agak belakang sikit. Then selang 2 hari pulak, lagi belakang tapi tak ingat dah bilik nombor berapa tapi katil yang terakhir sekali la. Nunnnn kat belakang ada satu bilik, kami berdua jer yang duduk situ. Aircond dia punya la sejuk mengalahkan wad Melur kat IJN.
Nampak tak ada pintu oren? Ha, ini sebenarnya bilik isolation untuk pesakit yang berjangkit atau ada infection. Disebabkan tak da orang nak pakai, nurse kasi kat kami. Terasa macam privasi sangat. Hehehehhe. Tapi sekarang ni PPUM dah ada bangunan dan wad baru. Jadi secara langsungnya tak wujud la kot bilik yang dok kat cherok tok kun ni. Masa saya gi melawat anak kawan saya, wad dia ada 4 bilik dan dah macam bilik swasta. Kalau isolation pun bilik sorang yang selesa jugak. Kelasss.
Untuk pengetahuan semua, sepanjang saya kat PPUM memang saya makan untuk hilangkan stress. Selera memang tinggi. Nescafe ais tiap-tiap hari tanpa gagal. Tiap-tiap hari pihak yang sediakan makanan akan bagi kerta untuk kita pilih makanan apa yang kita nak makan untuk keesokkan harinya. Dan saya dengan berseleranya akan repeat order Western. Sedap. Ada jugak menu yang biasa dan kurang sedap. Tapi "kurang" sedap ya, bukan tak sedap langsung.
Ni ha antara gambar makanan yang saya snap dihari-hari terakhir di dalam wad.
Makan jangan tak makan. Aisyah menunjukkan progress minum susu dengan baik. Bila dah sampai hari dia minum susu guna botol sepenuhnya, doktor mengistiharkan kami dah boleh pulang ke rumah bersama beberapa ubat untuk continue makan dirumah. Ubat tersebut ialah:
1. spironolactone
2. furosemide
3. captopril
4. satu lagi ubat saya dah lupa nama dia sebab dah buang kotak tu... maaf.
Nota Penting:
1. Semua ubat ni dalam bentuk pil dan kita kena larutkan sendiri dalam botol ubat.
2. Lepas tu kena tarik guna syringe ikut kuantiti ml yang ditentukan oleh doktor.
3. Normally ubat ni kita kena buat sediaan baru setiap hari.
4. Tak boleh disimpan untuk kegunaan hari esoknya.
5. Sila simpan ubat dalam peti sejuk.
6. Kalau anak nursery/mak/mertua/babysitter jaga, pagi-pagi tarik siap2 ubat dalam syringe. 4 ubat, so kena ada 4 syringe. Masukkan dalam plastik putih dan tulis dengan marker pukul berapa ubat perlu bagi pada baby. Then baru bagi pada penjaga untuk disimpan dalam peti ais. Senangkan? Penjaga pun tak la takut-takut sediakan ubat sebab ubat jantungkan...
Lagi satu tips untuk bagi ubat. Memandangkan ubat ni semuanya pahit/berserbuk halus walaupun dah dilarutkan, memang susah nak bagi baby makan ubat ni. Petuanya, semasa minum susu, picit sikit pada hujung bibir. maksudnya kita curi-curi masukkan ubat masa dia tengah menyusu. buat perlahan-lahan dan sikit-sikit supaya dia tak perasan sangat rasa ubat. Memangla lambat habis ubat tapi kita kena banyak bersabar yea. Nak jaga baby yang special macam anak kita ni memang la kena banyak bersabar.
Berbalik pada persiapan nak discharge. Aisyah pun kena jugak la bersiap. Tiub susu dia pun dah dibuang. Alhamdulillah. Ini ada antara aksi-aksi terlampau Aisyah sewaktu Papa siapkan bayaran dan dokument untuk keluar wad. Diva sangat kan dengan muka tak da perasaan.
Maka berakhirlah perjuangan Aisyah yang pertama disini dimana kesimpulannya Aisyah telah di diagnose dan disahkan mempunyai 4 lubang di bahagian atas dan bawah jantungnya. Doktor juga mendapati terdapat beberapa lubang kecil lain tetapi mereka nak fokus pada lubang yang besar dan kritikal dahulu.
Maka Aisyah telah menjalani pembedahan jantung sebanyak 2 kali di IJN untuk ASD, VSD dan PA Banding.Total berjaya tutup 4 lubang. Oleh kerana PA Banding hanya bersifat sementara, kami akan datang lagi untuk menutup lubang yang ke 5 (atau ke 6, etc ke..possibility ada lubang lain terjumpa) dalam tempoh terdekat. Tarikh akan diberikan kemudian semasa tempoh temujanji dan pemerhatian klinik paedatrik IJN nanti.
Terima kasih kepada pembaca. Dalam tempoh terdekat lagi, saya akan sambung untuk Chapter 18 dimana Aisyah perlu jalani minor procedure untuk masukkan air dalam badan dia. Ini adalah untuk doktor kenal pasti berapa lubang yang masih ada selepas operation yang pertama. Babai.......
19 Sept 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
setahun saya menanti cerita aisyah..
tak sabar saya nak tahu keadaan aisyah sekarang.. masa mula2 saya jumpa dan baca kisah aisyah ni.. baby saya sedang terlantar di hospital.. kes anak saya ditolak oleh IJN.. itu yg saya mengugel dan terjumpa cerita aisyah ni..
maaf ya Ina Haireina. Nanti saya akan update dengan lebih banyak lagi.
Anak awak apa kabar sekarang?
Takut saya bila mendengar cerita aishah ni...adakah saya akan setabah mama aishah? Anak saya juga ada jantung berlubang dan komplikasi saluran ke paru2 dan akan ke ijn selepas cny nanti.... tapi memdengar cerita aishah membuatkan saya lebih bersedia utk segala kemungkinan.... Terima kasih mama aishah buatkan blog ini...tolong update nanti ya...
Trma ksh mama aisyah tulis blog ni.Skrg tgh tgu waktu melawat jm12tghri d IJN trbca blog ni.Baby sya bru mnjalani pembedahan n dletakkan d PICU.Blog ni mbuatkan sya lebih bsedia mnjalani sgala mgkinan.
wah..siok pula ada blog ni ble tmbh pengalaman nk jaga ank lps pembedahan..sy n anak sy bru pulang dr hospital narayana,bengalore India.,kmi p sna dlm 22hb jun 2016,30hb operate day dia,kmi discharge 8hb julai ,smpi rumah 9hb julai..pembedahan jantung berlubang.dktor ckp,TOF with severe infundibular & valvular pulmonary stenosis,PG 90mm,.sblm operate mmg ank sy pucat,bibir n kuku semua biru..tp skrg pink2 da kuku2 dian x pucat lg..pengalaman semasa urus itu ini mmg agak mencabar tp kena bnyk bersabar..ank sy bru 1Y2M...msa operate tu umur dia 1Y1M..hati siapa x sedih bila ank dlm bilik bedah cuma masa tu sy bnyk2 berdoa mnta semuanya berjln dgn slmt..syukur ank sy aktif dan semakin sht.. sis,sy minta pndpt pemakanan yg sihat tuk ank ya..mnatau ble tmbh2 ilmu psl mkn ank ni.. Joanita dr Sabah.
Blh kontek sy? Baby sy pun kes yg sma mcm anak puan. Mntau blh share pengalaman puan masa f india. Baby sy pun dijangka akan dioperate d india jg.. hrp puan sudi kontek sy.. whatsapp 0195826644
Tiada apa yang dapat saya nak perkatakan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga baby Siti Aisyah sentiasa memberi cahaya kecerian dan kasih sayang untuk kedua orang tuanya yang senantiasa tabah.
Post a Comment