26 Feb 2017

Bantuan KOS RAWATAN Perubatan di IJN

Setelah sekian lama, saya kembali untuk post yang paling penting barangkali iaitu KOS RAWATAN. 

Sorry lah sebab lama sungguh menyepi. Semua ni disebabkan kekangan masa dan tak ada laptop. laptop lama skrin rosak. lepas dah beli laptop baru, masa pulak tak ada. 

Ramai yang tanya update tentang Aisyah sekarang ni. Alhamdulillah, Aisyah sihat membesar dan tahun ni dah masuk darjah 1 :) Semuanya berkat doa kalian semua selama ini. Terima kasih....

Ok, kembali kepada rawatan penginapan dan pembedahan Aisyah yang pertama, bil yang kami terima adalah lebih kurang RM75,000 dan ibubapa diharuskan untuk membayar pendahuluan sebelum pembedahan bermula. uish banyak tu, macamana nak cari????

Sekiranya bayaran pendahuluan tidak diterima, pembedahan akan ditangguhkan. Untuk ibubapa yang berada dalam keadaan kucar kacir emosi, kenyataan ini kedengaran agak kejam tapi sebenarnya ada cara untuk laluinya dengan tenang. 

Baik, disini saya ingin share pengalaman dan pengetahuan agar semua ibubapa diluar sana JANGAN RISAU. Ya! Saya akan ceritakan bagaimana anda dapat menbantu keluarga anda atau orang lain dalam hal yangi paling penting ini.

PERTAMA SEKALI yang perlu dilakukan oleh kedua ibu bapa ialah TENANG. Ya...BERTENANG. Tarik nafas dalam dalam. Ingat ni, setiap ujian mesti ada jalan keluar. Ingat pada Tuhan, bergantung harap padanya dan minta dibukakan rezeki dan petunjuk.

Jom kita tengok apa yang perlu kita semak.

SEMAKAN PERTAMA - INSURANS
Semak polisi insuran persendirian atau syarikat sekiranya kos rawatan layak untuk di cover. Jika YA - bawa GL dari syarikat insuran bersama surat rujukan hospital untuk percepatkan proses pendaftaran.
Atau jika anda confident, bawa medical card bersama surat rujukan hospital. Berikan pada kaunter pendaftaran dan staff IJN akan telefon pihak insuran untuk dapatkan GL. Urusan ni biasakan akan ambil masa 1-5 jam.
Biasanya staff akan minta ibubapa bayar dulu kalau mahu proceed dengan rawatan. Jika ibubapa tidak sediakan wang, kena la tunggu sampai la GL siap. Lama tau.
Ok, kes INSURANS TAK COVER! JANGAN RISAU. BE HAPPY. Sila baca semakan yang kedua.

SEMAKAN KEDUA - RUJUKAN
Jika insurans tak cover, pastikan anak anda dirujuk dari Hospital KERAJAAN
Secara automatik anda layak untuk mohon bantuan Kementerian Kesihatan.
Alamak! anak dirujuk dari hospital swasta. Jangan risau lagi sekali. Bawa anak + surat rujukan hospital swasta ke hospital kerajaan dan bagitau niat anda masa pendaftaran. Biasanya hospital kerajaan akan buat beberapa pemeriksaan sebelum keluarkan surat rujukan tapi hadapkan saja lah kan sekejap. Biar susah sekarang jangan susah kemudian. SABAR.

Lepas tu, bila pihak IJN kemukakan invois dan minta bayaran, bawa surat tu ke bahagian Taksiran. Sila tanya pada nurse kat mana tempat tu. Dia dalam IJN jugak, jangan risau. Nanti akan ada pegawai yang interview ibu bapa. Lepas tu mereka akan proses untuk pengurangan atau tanggung semua kos perubatan. Ya betul. Pihak kementerian kesihatan ada salurkan bantuan kepada mereka yang layak. 

Alamak, saya gaji RM5000, layak ke? Pergi dulu ke situ, nanti dia akan tanya apa tanggungan dan berapa cash yang anda ada. Jangan tipu, cakap sejujurnya. Ada rezeki nanti Allah akan berikan melalui unit taksiran ini. Yakin padanya ok. 

So itu saja setakat ini. Next post saya akan update kesihatan aisyah ya. 

Terima kasih kerana sudi membaca. 


0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
 

Blog Template by BloggerCandy.com