19 Sept 2014

Chapter 17 : Discharge dari Paeds 2, PPUM. Horayyyy.

Chapter 17 ni akan menjadi entry yang kurang stress ceritanya. Dimana Perkembangan Aisyah semakin baik dari hari ke hari. Selepas 2 hari, kami ditukarkan ke katil no 10. Agak belakang sikit. Then selang 2 hari pulak, lagi belakang tapi tak ingat dah bilik nombor berapa tapi katil yang terakhir sekali la. Nunnnn kat belakang ada satu bilik, kami berdua jer yang duduk situ. Aircond dia punya la sejuk mengalahkan wad Melur kat IJN.



Nampak tak ada pintu oren? Ha, ini sebenarnya bilik isolation untuk pesakit yang berjangkit atau ada infection. Disebabkan tak da orang nak pakai, nurse kasi kat kami. Terasa macam privasi sangat. Hehehehhe. Tapi sekarang ni PPUM dah ada bangunan dan wad baru. Jadi secara langsungnya tak wujud la kot bilik yang dok kat cherok tok kun ni. Masa saya gi melawat anak kawan saya, wad dia ada 4 bilik dan dah macam bilik swasta. Kalau isolation pun bilik sorang yang selesa jugak. Kelasss.

Untuk pengetahuan semua, sepanjang saya kat PPUM memang saya makan untuk hilangkan stress. Selera memang tinggi. Nescafe ais tiap-tiap hari tanpa gagal. Tiap-tiap hari pihak yang sediakan makanan akan bagi kerta untuk kita pilih makanan apa yang kita nak makan untuk keesokkan harinya. Dan saya dengan berseleranya akan repeat order Western. Sedap. Ada jugak menu yang biasa dan kurang sedap. Tapi "kurang" sedap ya, bukan tak sedap langsung.

Ni ha antara gambar makanan yang saya snap dihari-hari terakhir di dalam wad.


Makan jangan tak makan. Aisyah menunjukkan progress minum susu dengan baik. Bila dah sampai hari dia minum susu guna botol sepenuhnya, doktor mengistiharkan kami dah boleh pulang ke rumah bersama beberapa ubat untuk continue makan dirumah. Ubat tersebut ialah:
1. spironolactone
2. furosemide
3. captopril
4. satu lagi ubat saya dah lupa nama dia sebab dah buang kotak tu... maaf.


Nota Penting:
1. Semua ubat ni dalam bentuk pil dan kita kena larutkan sendiri dalam botol ubat.
2. Lepas tu kena tarik guna syringe ikut kuantiti ml yang ditentukan oleh doktor.
3. Normally ubat ni kita kena buat sediaan baru setiap hari.
4. Tak boleh disimpan untuk kegunaan hari esoknya.
5. Sila simpan ubat dalam peti sejuk.
6. Kalau anak nursery/mak/mertua/babysitter jaga, pagi-pagi tarik siap2 ubat dalam syringe. 4 ubat, so kena ada 4 syringe. Masukkan dalam plastik putih dan tulis dengan marker pukul berapa ubat perlu bagi pada baby. Then baru bagi pada penjaga untuk disimpan dalam peti ais. Senangkan? Penjaga pun tak la takut-takut sediakan ubat sebab ubat jantungkan...

Lagi satu tips untuk bagi ubat. Memandangkan ubat ni semuanya pahit/berserbuk halus walaupun dah dilarutkan, memang susah nak bagi baby makan ubat ni. Petuanya, semasa minum susu, picit sikit pada hujung bibir. maksudnya kita curi-curi masukkan ubat masa dia tengah menyusu. buat perlahan-lahan dan sikit-sikit supaya dia tak perasan sangat rasa ubat. Memangla lambat habis ubat tapi kita kena banyak bersabar yea. Nak jaga baby yang special macam anak kita ni memang la kena banyak bersabar.

Berbalik pada persiapan nak discharge. Aisyah pun kena jugak la bersiap. Tiub susu dia pun dah dibuang. Alhamdulillah. Ini ada antara aksi-aksi terlampau Aisyah sewaktu Papa siapkan bayaran dan dokument untuk keluar wad. Diva sangat kan dengan muka tak da perasaan.


Maka berakhirlah perjuangan Aisyah yang pertama disini dimana kesimpulannya Aisyah telah di diagnose dan disahkan mempunyai 4 lubang di bahagian atas dan bawah jantungnya. Doktor juga mendapati terdapat beberapa lubang kecil lain tetapi mereka nak fokus pada lubang yang besar dan kritikal dahulu.

Maka Aisyah telah menjalani pembedahan jantung sebanyak 2 kali di IJN untuk ASD, VSD dan PA Banding.Total berjaya tutup 4 lubang. Oleh kerana PA Banding hanya bersifat sementara, kami akan datang lagi untuk menutup lubang yang ke 5 (atau ke 6, etc ke..possibility ada lubang lain terjumpa) dalam tempoh terdekat. Tarikh akan diberikan kemudian semasa tempoh temujanji dan pemerhatian klinik paedatrik IJN nanti.

Terima kasih kepada pembaca. Dalam tempoh terdekat lagi, saya akan sambung untuk Chapter 18 dimana Aisyah perlu jalani minor procedure untuk masukkan air dalam badan dia. Ini adalah untuk doktor kenal pasti berapa lubang yang masih ada selepas operation yang pertama. Babai.......


Chapter 16 : Kembali ke PPUM

OK lah, chapter 16 ni saya akan ceritakan tentang progress Aisyah selepas dipindahkan ke wad biasa IJN iaitu Melur dan pemindahan kembali ke hospital PPUM untuk observation sebelum discharge.

Selepas 5 hari di dalam PICU IJN, doktor maklumkan pada kami yang Aisyah sudah boleh balik ke wad biasa Melur. Berita yang paling best ialah kami boleh terus balik ke PPUM selepas 2 hari di wad. Alhamdulillah. Lega sangat dapat balik ke PPUM sebab wad kat sana lebih selesa. Mak-mak untuk pesakit yang masih bayi akan dapat katil untuk tidur. Tapi kalau pesakit berumur 2-3 tahun ke atas, mak-mak kena tidur atas kerusi malas. Tapi yang penting, aircond kat sana tak la sesejuk kat IJN yang menyucuk sampai ke tulang. Nak tidur pun tak lena untuk orang kampung macam saya ni.

Sebelum discharge, doktor akan datang check Aisyah untuk pastikan dia tak demam dan sihat untuk proses pemindahan. Lepas dah melepasi beberapa doktor, X-ray dan ecg, kami diberikan pelepasan. Yes! Sebelum balik, doktor keluarkan satu wire dari perut Aisyah yang berhari-hari terjuntai. Saya memang la hairan jugak dengan wire tu tapi tak berani nak tanya doktor. Last-last doktor tarik keluar dalam 4-5cm jugak la panjang. Doktor bagitau, incase la dalam PICU haritu jantung Aisyah berhenti, mereka akan gunakan wire ni untuk menghidupkan jantung kembali. Macamana mereka akan buat? Maaf, saya tak tau. Ada jugak google tapi tak jumpa. Maaf ya.

20/11/2010 kami dah pulang ke PPUM. Horay, dijemput naik ambulan PPUM lagi! Berdesup ne no ne no di jalanraya yang sesak. Sesampai kat Paeds2, katil Aisyah dapat nombor 4 which is dekat dengan kaunter nurse. Lepas balik dari operation, memang gitu prosedur wad. Kena letak dekat dengan kaunter incase la apa-apa terjadi.

Ni gambar Aisyah yang sedang nyenyak tidur atas katil yang sama waktu admitted dalam Paeds 2. Katil no 4.


Ni pulak gambar lepas dia bangun tidur dan dapat tahu dia dah kembali ke PPUM. Sengih sampai ke telinga!


Ya Rabbi..... melihat senyuman Aisyah pada waktu tu memang membuatkan hati saya runtun sayu. Hari ni pun saya masih mampu sekali lagi menitiskan air mata pabila menatap gambar ini. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu bagaimana saya hadapi semua ini. Ya Allah aku bersyukur padaMu kerana segala-galanya telah selesai. Walaupun saya tahu Aisyah masih perlu jalani pembedahan lagi selepas itu namun saya bersyukur kerana Allah memberikan kami sekeluarga ketabahan serta kekuatan dalam mengharungi semua ini.

Hari berganti hari, selepas 3 hari ada perubahan diwajah Aisyah. Jeng jeng jeng.... .

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Aisyah dah bukak alat bantuan pernafasan!



Level oksigen dia dah mencapai 98%. Cuma tinggal tiub susu jer. Doktor nasihatkan saya supaya perlahan-lahan berikan susu melalui mulut setiap hari. Contohnya, 2ml ikut tiub, 0.5ml ikut botol susu... Ini supaya tekak Aisyah belajar kembali cara-cara minum melalui mulut dan juga tak muntah balik susu tu.

Selama 4 hari kami ditempatkan di katil no 4 untuk pemerhatian. Papa Aisyah selalu datang melawat tak kira waktu. Kesian... lunch time datang, lepas kerja datang. Weekend datang. Nak uruskan Rafiq dirumah lagi... Tapi Papa dah tak la serabut sangat kalau nak compare dengan masa mula-mula masuk hospital dulu.



Ni Papa dan Aisyah sewaktu masa lawatan. Hehehehe.

Oklah, rasanya dah panjang cerita kali ni. Next chapter saya akan ceritakan tentang pemindahan katil (pindah lagi??) Ya memang kat Paeds ni kita akan jadi nomad. Tukar tukar tukar. Yea la, ikut priority kes. Kalau teruk dan perlu perhatian, katil depannnn sekali. Soooooo, kalau katil kita makin jauh dengan kaunter nurse, maksudnya ??? Anak kita makin stabil la. Ada faham? Boleh la kita senyummmmm :)))))))
 

Blog Template by BloggerCandy.com